Koenigsegg Jesko Red Cherry Edition - 1 unit, RM11 juta sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Buat mereka yang terlupa akan kewujudan supercar terkini daripada Koenigsegg, ya pembuat supercar dari Sweeden ini telah pun memperkenalkan pengganti Agera R, Koenigsegg Jesko pada bulan tiga yang lalu. 

Dan sebelum kami terlupa, ingin kami mengingatkan bahawa kesemua 125 unit Koenigsegg Jesko sebenarnya telah pun habis terjual dalam masa beberapa jam sebelum ia dipersembahkan buat kali pertama di Geneva Motor Show. 

Melepas? 

Usah risau. 
 


Jika anda didapati bernasib baik menerima wang derma daripada mana-mana putera negara yang kaya raya, anda boleh mendapatkan sebuah Koenigsegg Jesko one-off daripada Luxuryandexpensive berwarna Red Cherry yang unik ini. 

Bagi membezakannya dengan Jesko yang lain di pasaran, Luxuryandexpensive menampilkan beberapa perubahan seperti rekaan livery yang lebih agresif serta rim gentian karbon bersaiz 20 inci di hadapan dan 21 inci di belakang. 
 


Dengan adanya elemen gentian karbon menguasai segenap ruang, berat badan Jesko hanya sekitar 1,420 kg sahaja atau 1,320 kg berat kering. 

Dengan enjin 5.0 liter turbo berkembar bentangan V8, ia sudah cukup untuk menghamburkan kuasa setinggi 1,578 hp dan daya kilas 1,500 Nm apabila disuapkan dengan bahan api E85. 
 


Berbalik kepada nilai jualan untuk Jesko one-off Red Cherry ini, anda boleh mendapatkannya dengan harga €2,350,000 (RM11 juta!) tidak termasuk cukai yang berkaitan. 

Namun, jika anda hanya mempunyai wang yang cukup-cukup untuk membayar duit Honda City, sila klik kanan  pada galeri di bawah dan save image as untuk diabadikan pada laptop dan PC anda. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kumpulan terakhir R8 telah dilancarkan dari barisan pemasangan di kilang Audi Böllinger Höfe di…
Berita Global
Operasi yang dilakukan baru-baru ini turut merampas kenderaan yang dimiliki oleh ketua penjenayah,…
Berita Global
Selepas melancarkan model V10 GT RWD pada tahun lepas, tiba giliran Audi Jepun untuk melancarkan R8…