Koenigsegg Jesko Attack ini sarat dengan gentian karbon terdedah, kemasan emas 24K

oleh Mohamad Hanif|
Koenigsegg Jesko merupakan supercar edisi terhad yang telah diperlihatkan secara rasmi pada acara Geneva Motor Show 2019, dan kesemua 125 slot binaan telah pun habis ditempah dalam masa yang singkat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Difahamkan, hanya 40 hingga 50 unit sahaja yang diproduksikan setiap tahun, di mana unit pertama telah pun dihantar kepada pemiliknya pada Jun 2023.
 

jesko


Produksi Jesko masih lagi berjalan seperti biasa, di mana salah satu unit baharu sahaja keluar dari barisan produksi dan menampilkan kemasan yang agak unik (dan mahal).

Secara standard, Jesko Attack ini dikuasakan oleh enjin bentangan V8 5.0 liter turbo berkembar dengan janaan kuasa 1,280 hp, atau kuasa setinggi 1,600 hp menggunakan bahan api E85.
 

jesko


Kuasa itu disalurkan kepada roda belakang menerusi kotak gear Light Speed Transmission (LST) sembilan nisbah kelajuan.

Jesko varian Attack ini bukan sahaja menampilkan aspek aerodinamik yang serba agresif (sayap belakang, splitter depan, diffuser belakang), setiap satu panel luaran diperbuat daripada bahan gentian karbon terdedah.
 

jesko


Tidak cukup dengan itu, Koenigsegg turut melayangkan lapisan jernih (clear coat) yang mempunyai kepingan emas, serta beberapa komponen seperti canard depan, cermin sisi, flik aerodinamik dan plet sayap belakang yang dikemaskan dengan elemen emas 24 karat yang sebenar.

Baca: Koenigsegg Jesko Absolut
Baca: Koenigsegg Jesko - pengganti model Agera RS
Baca: Koenigsegg Gemera - hyper GT praktikal