Jesko - pengganti Agera RS, tribut Christian von Koenigsegg buat bapanya

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Koenigsegg mengejutkan umum dengan pengenalan hypercar baharu mereka bagi menggantikan jentera ikonik Agera RS, dengan nama diberi Jesko - tribut kepada bapa pengasas jenama tersebut, Christian von Koenigsegg.

Menariknya, sehingga tarikh pelancaran diumumkan, Christian von Konigsegg mengarahkan pasukannya untuk tidak membocorkan nama sebenar model pengganti Agera RS ini kepada bapanya. 

Ia merupakan hypercar yang berkeupayaan untuk mencapai kelajuan tertinggi 482 km/j menurut simulasi yang dijalankan oleh Koenigsegg. 

 


Rahsianya?

Enjin 5.0 liter bentangan V8 twin-turbo yang diberikan modifikasi besar-besaran yang mampu menghamburkan kuasa setinggi 1,578 hp dengan bahan api E85!

Bagi mereka yang inginkan penjimatan duit, enjin ini mampu menyedut bahan api RON95 dengan kuasa yang diturunkan sekitar 1,262 hp. 

Enjin yang disemak semula tu kini menampilkan flat-plane crankshaft bersudut 180 darjah yang lebih ringan 5kg dan mampu melahu sehingga 8,500 rpm putaran enjin. 
 


Dua unit turbo tersebut disambungkan kepada kompressor elektrik yang mampu menyedut udara dari tangki berkapasiti 20 liter diperbuat daripada gentian karbon. 

Menurut Koenigsegg, ciri ini mampu untuk mengelakkan sela turbo (turbo-lag), selain memberikan respons yang lebih pantas dan bantuan boost ketika diperlukan.
 


Prestasi ini turut dibantu dengan transmisi Light Speed Transmission, sistem transmisi klac berbilang dengan sembilan nisbah kelajuan yang tidak menampilkan sebarang synch rings tradisional. 

Tidak seperti transmisi DCT, sistem LST ini mampu menukar gear antara gear (sebagai contoh dari gear 7 ke gear 4) dengan pantas dan dengan seberat 90 kg sahaja ia lebih ringan berbanding kotak gear DCT yang ada di pasaran.
 


Menghiasi ruang arca roda Jesko ini ialah rim gentian karbon bersaiz 20 inci di hadapan dan 21 inci di belakang. 

Terima kasih kepada penggunaan splitter hadapan dan sayap belakang yang sedikit aneh itu, Koenigsegg mendakwa Jesko ini mampu menghasikan daya turun (downforce) 800 kg pada kelajuan 250 km/j, 1000 kg pada kelajuan 275 km/j dan 1,400 kg pada kelajuan tertinggi. 
 


Hanya 125 buah Jesko bakal diproduksikan dengan kadar pengeluaran tahunan dihadkan kepada 40-50 buah sahaja dan harga jualan dijangka bermula dari $3 juta (RM12.26 juta). 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia dikuasakan oleh nadi Chiron W16 yang telah diubahsuai supaya mampu menghasilkan kuasa setinggi 1…
Berita Global
Nama yang tidak asing dalam persaingan kelajuan tertinggi, Koenigsegg dilapor bakal memecahkan…
Berita Global
Kehebatan kejuruteraan pasukan itu tidak dapat dinafikan lagi dan kali ini Red Bull bakal…