Hypercar mesra famili, Koenigsegg Gemera mendarat di Indonesia, dua unit sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Pasaran negara jiran, Indonesia kini menerima kehadiran dua buah model Koenigsegg serba baharu menerusi pengimport TDA Luxury Toys.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Dua model yang dimaksudkan itu merupakan Koenigsegg Gemera, sebuah hypercar yang mampu memuatkan sehingga empat orang pada satu-satu masa, dan Koenigsegg Jesko.

Menurut CEO TDA, Welly Tjandra berkata, tempahan sudah pun dibuka untuk kedua-dua model tersebut, dan Indonesia diperuntukkan untuk menerima dua unit Gemera sahaja.

Harga jualannya pula belum didedahkan, namun sebagai makluman Gemera telah pun mendarat di pasaran Thailand dua tahun lalu dengan tanda harga 111,098,385 baht (RM14.02 juta).
 

Jesko


Sementara itu, TDA turut membawakan model Koenigsegg Jesko yang hanya diproduksikan sebanyak 125 unit sahaja untuk satu dunia, dan besar kemungkinan ia sudah pun mempunyai pemiliknya di negara tersebut.

Koenigsegg Gemera merupakan sebuah mega-GT Koenigsegg yang lebih mesra keluarga kerana berupaya membawa sehingga empat orang, selain empat tempat meletak cawan, sistem infotainmen dengan paparan untuk penumpang depan dan belakang, pengecasan nirwayar, lampu membaca, dan sistem pendingin hawa tiga zon.

Gemera dikuasakan oleh enjin tiga silinder sebaris 2.0 liter dengan tiga motor elektrik, menghasilkan kuasa gandingan 1,700 hp dan 3,500 Nm yang membolehkan pecutan 0-100 km/j sepantas 1.9 saat.

Sementara Koenigsegg Jesko pula merupakan model pengganti bagi jentera ikonik Agera RS, dengan nadi 5.0 liter V8 turbo berkembar yang mampu menghasilkan kuasa 1,578 hp menggunakan bahan api E85, atau 1,262 hp bagi mereka yang gemarkan RON95 sebagai bahan bakar alternatif.

Harga jualan sebuah Koenigsegg Jesko bermula dari $3 juta di pasaran luar.

Baca: Koenigsegg Gemera

Baca: Koenigsegg Jesko

Sumber: CNN Indonesia

Berita Berkenaan

Berita Global
Secara asasnya, biarpun dengan kuasa yang mampu mencecah sehingga 2,300 hp dan 2,750 Nm, Koenigsegg…
Berita Global
Sebenarnya, ia bukanlah sekadar penambahan varian baharu, akan tetapi Koenigsegg telah pun…
Berita Global
Namun, para pembeli yang berminat untuk mendapatkan hypercar Gemera ini boleh memilih opsyen enjin…