Kerajaan Perancis mahu pecat Carlos Ghosn daripada jawatan beliau di Renault

oleh Mohamad Hanif|
Berikutan berita penahanan Carlos Ghosn di Jepun atas kesalahan salah laku kewangan yang dilaporkan tempoh hari, kerajaan Perancis kini tidak mahu individu tersebut daripada terus mengetuai pimpinan Renault.

Bercakap kepada sidang media, menteri kewangan Perancis, Bruno Le Maire berkata, Ghosn kini tidak lagi layak untuk berada di kedudukannya (di Renault). 

Barisan tertinggi Renault telah mengadakan perjumpaan tergempar bagi membincangkan bakal pengganti Ghosn dan menurut Le Maire, nama ketua pegawai operasi Renault, Thierry Bollore disebut-sebut sebagai calon yang sesuai.

Beberapa hari yang lalu, pengerusi Nissan Motor, Carlos Ghosn telah ditangkap di Yokohama atas tuduhan salah laku kewangan syarikat.

Beliau juga akan dipecat dari lembaga pengarah dalam minggu ini.

Ghosn merupakan salah-seorang lagenda dalam pengurusan syarikat automotif dunia kerana berjaya menyelamatkan Nissan suatu ketika dahulu dari jatuh bankrap dan juga kerana keberkesanan kepimpinan beliau di dalam industri automotif global.

Sebagai makluman, kerajaan Perancis memiliki 15% dalam pegangan syarikat automotif tempatan. - CARSCOOPS

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Keuntungan operasi naik kepada US$253.9 juta untuk suku fiskal pertama yang berakhir 30 Jun lalu,…
Berita Global
Menurut laporan daripada Reuters, pemilik kedua-dua syarikat tersebut menidakkan kemungkinan bahawa…
Berita Global
Nampaknya Mitsubishi sudah memulakan tugasan baharu sebagai anak buah kumpulan Nissan Renault dan…