Misteri dunia sekarang - siapa akan bina kereta APPLE?

oleh HEZERI SAMSURI|
Antara persoalan terbesar di dalam dunia kenderaan elektrik (EV) ialah siapa yang akan menjadi rakan pemasangan untuk projek EV berautonomi Apple.

Projek rahsia yang dikenali sebagai Project Titan itu dihangatkan lagi bila Apple mengambil lebih ramai bekas eksekutif dari Tesla untuk tujuan pembangunan dan ujian-ujian atas jalanraya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Malah syarikat kereta juga tidak memandang remeh usaha Apple ini kerana mereka tidak mahu kecundang seperti apa yang dilakukan oleh iPhone kepada jenama-jenama telefon lain - ranap, musnah dan dimalukan.

Jadi siapakan calon-calon yang sesuai untuk menjadi rakan pemasangan Apple bagi projek EV mereka? Di bawah ialah antara mereka yang dikatakan berpotensi besar.

 

 

Foxconn

Syarikat Tawain, Foxconn Technology Group memang sudahpun menjadi kontraktor pemasangan terbesar Apple.

Kilang-kilang electronik Foxconn di China sibuk memasang iPhone dan juga Macbook dan iPad, memberikan pekerjaan kepada hampir sejuta rakyat China.

Bulan Oktober tahun 2021, Hon Hai Precision Industry, iaitu anak syarikat Foxconn telah menampilkan kerangka (chassis) EV pertama mereka dan juga sebuah platform perisian untuk mempercepatkan proses penghasilan EV ke pasaran.

Hon Hai juga mempunyai perancangan untuk melancarkan bateri "solid-state" mereka sendiri menjelang 2024.

Awal tahun 2020 juga menyaksikan pemilik Foxconn, Terry Gou mengumumkan perancangan pembangunan dan penhasilan EV di China bersama Fiat Chrysler.

Januari lepas, Foxconn menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat Start-Up dari China, Byton untuk menghasilkan EV M-Byte SUV pada suku pertama tahun hadapan.

Foxconn juga ada membuat usahasama dengan Zheijian Geely Holding Group untuk perkhidmatan penghasilan dan perundingan. 

Pembabitan Geely dengan Foxconn juga akan mencetuskan berita-berita sensasi dari laman-laman web tempatan dengan tajuk-tajuk seperti "Proton bakal dapat teknologi Apple" atau "Proton bakal pasang kereta Proton."

 

 

Hyundai/Kia

Syarikat gergasi Korea ini memang paling sesuai untuk Apple, tetapi pengumuman oleh Hyundai bulan lalu menunjukan bahawa ia tidak melakukan sebarangan perbincangan dengan syarikat Amerika itu.

Hyundai dan Kia mempunyai kilang-kilang pemasangan kenderaan di US dan ia juga mempunyai platform-platform EV yang mampu memberikan jarak perjalanan sejauh 500 km.

EV buatan Hyundai/Kia juga mampu dicaj sehinggga 80 peratus dalam masa 18 minit.

Hyundai dan Kia juga mempunyai perancangan untuk menghasilkan 23 model EV dan menjual 1 juta unit EV menjelang 2025.

Jadi sekiranya Apple merasakan Hyundai/Kia adalah calon terbaik, tak mustahil ia boleh terjadi , cuma perwira-perwira Korea akan merasakan Apple bakal membunuh identiti syarikat itu sendiri.

Jika di Malaysia, kemungkinan besar kita terus jual syarikat kita itu ke Apple dan kita anggap ia sebagai kejayaan negara.

 

 

Magna International

Syarikat kejuruteraan automotif berusia lebih 100 tahun dari Kanada ini sebenarnya adalah pembekal automotif ketiga terbesar di dunia dan ia juga sudah lama melakukan pemasangan kontrak kenderaan.

Ramai yang tidak tahu bahawa anak syarikat Magna International, iaitu Magna Steyr di Austria ialah pemasang kenderaan untuk Toyota GR Supra, BMW Z4, Mercedes-Benz G-Class baharu dan EV dari Jaguar - e-Pace.

Ini ialah kerana Magna mempunyai kemampuan untuk menghasilkan semua komponen-komponen utama seperti sensor-sensor, perisian-perisian, tempat duduk kenderaan dan ya, chassis kenderaan itu sendiri.

Disember 2020, Magna melabur sebanyak US$450 juta untuk satu usahama bersama LG Electronics dari Korea untuk menghasilkan tren kuasa EV.

Magna juga ada memasang kenderaan di China untuk Beijing Automotive Group. Malah Magna ialah syarikat automotif pertama yang berbincang dengan Apple bila projek EV itu bermula lima tahun lalu.

Kita juga mempunyai beberapa bekas jurutera Proton yang bekerja dengan Magna di sana. Mungkin Malaysia patut bersama menjadi rakan kongsi Magna Steyr untuk membantu Malaysia menjadi pusat R&D automotif di rantau Asean. 
 

 

 

Nissan/Renault

Nissan mempunyai platform EV mereka sendiri yang dibina bersama Renault. Malah, kedua-dua syarikat ini adalah pelopor kepada EV kerana model Nissan Leaf dan Renault Zoe sangat popular dan adalah antara model EV pertama yang dijual secara besar-besaran kepada pasaran global.

Zoe pula sehingga kini menjadi EV paling popular di Eropah dan secara peribadi, ia mempunyai rekabentuk yang mirip kepada apa yang akan dilakukan oleh Apple. 

Sayangnya kedua-dua syarikat ini melihat penurunan jualan yang drastik dan kontrak Apple boleh membantunya untuk bangkit semula.

Dari segi pengilangan, Renault mempunyai ruang kapasiti lebihan yang mampu digunakan oleh Apple sekiranya Renault dan Nissan memasang EV mereka nanti.

 

 

Stellantis

Pasti ada yang terlupa bahawa Stellantis ialah nama baharu untuk gabungan PSA (Peugeot Citroen) dan Fiat Chrysler.

Stellantis perlu mencari satu projek besar untuk menghidupkan gabungan itu dan mereka tidak berselindung dalam mengharap untuk dapat melakukan projek-projek bersama Apple ataupun Google.

Walaupun mereka tidak mempunyai pasaran yang besar di Asia, mereka masih mempunyai beberapa rakan strategik di rantau ini. 

PSA contohnya memiliki sebuah kilang pemasangan di Gurun, Kedah dan diketahui melakukan kerja-kerja penyelidikan dan ujian kenderaan di negara kita.

Dari segi rekabentuk, Peugeot, Citroen dan Fiat mempunyai stail masing-masing sementara Chrysler pula adalah satu jenama yang dikenali di Amerika sendiri.


Jadi, siapa anda rasa bakal jadi rakan kongsi Apple? 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Elon ditanya tentang rancangan Apple untuk membuat sebuah EV dan dengan sinis, Elon menjawab bahawa…
Berita Global
Lebih 2,000 orang pekerja terjejas kesan daripada penutupan projek tersebut, namun menurut laman…
Berita Global
Menurut laporan Bloomberg, projek ini semakin bermasalah dengan pelancaran ditangguh ke 2028…