Renault lantik bekas Presiden SEAT sebagai CEO baharu

oleh Mohamad Hanif|
Telah rasmi pelantikan Luca De Meo, bekas Presiden SEAT sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Renault Group berkuatkuasa serta merta.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Luca de Meo yang merupakan rakyat Itali akan mengambil alih kedudukan tertinggi Renault dan dibantu oleh pemangku CEO, Clotilde Delbos yang akan memegang jawatan timbalan CEO. 

Luca de Meo juga akan turut memegang jawatan sebagai CEO Renault S.A. dan Pengerusi Renault s.a.s berkuatkuasa 1 Julai 2020. 

Pelantikan Luca de Meo sebagai CEO baharu Renault turut disambut baik oleh CEO Nissan, Makoto Uchida dan berjanji akan memberikan kerjasama yang baik untuk memperkuatkan lagi kolaborasi yang telah terbina di dalam pakatan.

 


Luca de Meo dilahirkan di Itali pada tahun 1967, merupakan seorang graduan di dalam bidang pentadbiran perniagaan dari Luigi Bocconi Commercial University. 

Berpengalaman lebih daripada 20 tahun di dalam bidang automotif, beliau memulakan kerjayanya di Renault sebelum menyertai Toyota Eropah, dan kemudian berhijrah ke Fiat Group untuk mengendalikan jenama Lancia, Fiat dan Alfa Romeo. 

Tahun 2009, Luca de Meo menyertai Volkswagen Group sebagai pengarah pemasaran untuk kenderaan penumpang VW dan VW Group. 

Pada tahun 2012, beliau diberikan amanah memegang jawatan di dalam barisan pengarah yang bertanggungjawab di dalam Jualan dan Pemasaran di Audi AG. 

Bermula dari 1 November 2015 sehingga Januari 2020, beliau merupakan Pengerusi SEAT, ahli Lembaga Penyeliaan di Ducati dan Lamborghini, serta Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Volkswagen di Itali.  
 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Di peringkat antarabangsa, Captur berada di dalam generasi kedua selepas diperkenal pada 2019. …
Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Kini terdapat sebuah lagi versi yang diperkenalkan oleh Alpine, iaitu A110 R Turini sebagai sebuah…