Nissan tuntut ganti rugi 10 billion yen dari Ghosn!

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun telah berjaya melarikan diri, nasib malang yang menimpa Carlos Ghosn semakin mendalam apabila Nissan dalam satu tindakan sivil di Mahkamah Daerah Yokohama menuntut ganti rugi berjumlah 10 billion yen (RM394 juta) daripada beliau.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Nissan menjelaskan, "tindakan undang-undang yang dimulakan hari ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Nissan untuk meminta Ghosn bertanggungjawab ke atas kerosakan dan kerugian kewangan yang dihadapi di bawah pemerintahan beliau.

Menurut laporan daripada Reuters, pihak pendakwa raya menuduh Ghosn menyembunyikan 9.3 billion yen (RM366 juta), selain menggunakan akaun syarikat sebagai sumber pendapatan peribadi dan memindahkan sebahagian hutang peribadi ke dalam akaun syarikat.

Ghosn dalam satu kenyataan yang dibuat menerusi emel kepada Reuters menyifatkan tindakan undang-undang yang dikenakan terhadapnya adalah "bersifat tidak masuk akal dan berniat jahat".

Tatkala drama undang-undang Nissan masih lagi berjalan, berita Ghosn melepaskan diri keluar dari Jepun tatkala ditahan di rumah berjaya menggemparkan dunia.

Ghosn dikatakan menerima bantuan dari Michael Taylor, bekas ahli Green Beret (Unit Tindakan Khas Askar US) yang pakar di dalam cara-cara menyeludup VIP keluar negara.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
  Satu lagi pilihan ialah enjin 1.0 liter tiga silinder naturally-aspirated berkuasa 72 bhp dan…
Berita Global
  Muka depan mengingatkan kepada Terrano dan nama tersebut sebenarnya diguna di pasaran lain…
Berita Global
Namun begitu, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan Nissan terpaksa menguburkan hasrat untuk…