Carlos Ghosn, Pengerusi Nissan ditangkap di Jepun atas salah laku kewangan

oleh Penyumbang Rencana 2|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Pengerusi Nissan Motor, Carlos Ghosn telah ditangkap pagi tadi di Yokohama atas tuduhan salah laku kewangan syarikat.

Beliau juga akan dipecat dari lembaga pengarah dalam minggu ini.

Ghosn merupakan salah-seorang lagenda dalam pengurusan syarikat automotif dunia kerana berjaya menyelamatkan Nissan suatu ketika dahulu dari jatuh bankrap dan juga kerana keberkesanan kepimpinan beliau di dalam industri automotif global.

Beliau juga adalah Pengerusi dan Ketua Eksekutif untuk rakan kongsi Nissan, Renault. 

Menurut laporan Reuters, Nissan menerima laporan bahawa Ghosn terbabit di dalam salah laku kewangan termasuk menggunakan duit syarikat untuk kegunaan sendiri dan melaporkan jumlah pendapatan beliau yang RM377 juta lebih rendah dari pendapatan sebenarnya selama bertahun-tahun.

Nissan melakukan penyisatan dalam dan berjaya mengumpulkan bukti-bukti. Ketua Pegawai Eksekutif Nissan, Hiroto Saikawa berkata Ghosn terlalu berkuasa dan jarang seorang eksekutif asing mendapat layanan "corporate superstar" di status.

Saikawa tidak menyatakan apakah salah laku yang dilakukan oleh Ghosn, tetapi cukup untuk menyatakan bahawa ia adalah satu perbuatan salah laku yang serius dan tidak dapat dimaafkan dan telah berlaku selama bertahun-tahun.

"Saya rasa sangat sedih dan kesal kerana kepercayaan yang diberi selama ini telah dipergunakan," kata Saikawa.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron turut mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan Perancis akan berhati-hati mengenai Renault dan hubungkaitnya dengan Nissan.

Kerajaan Perancis merupakan pemegang saham terbesar Renault.

Penangkapan Ghosn merupakan satu kejutan di dalam industri automotif dan membawa tanda soal yang besar - apa akan jadi dengan syarikat kolaborasi Nissan dan Renault selepas ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Bercakap kepada sidang media, menteri kewangan Perancis, Bruno Le Maire berkata, Ghosn kini tidak…
Berita Global
Namun begitu, Ghosn sebelum ini telah bersetuju untuk potongan gaji sebanyak 30 peratus bagi tahun…