Jualan Daihatsu Rocky, Toyota Raize dan Subaru Rex disambung semula di Jepun

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Daihatsu Motor Co Ltd harini mengumumkan bahawa penghantaran bagi model Daihatsu Rocky, Toyota Raize dan Subaru Rex disambung semula di Jepun.

Ia berikutan arahan untuk menghentikan jualannya selepas syarikat itu terlibat dengan isu penipuan pensijilan keselamatan, bagaimanapun jualan versi hibrid bagi model tersebut masih dihentikan.

2

Arahan untuk menghentikan jualan telah ditarik balik selepas model terlibat itu telah disahkan mematuhi piawaian undang-undang melalui hasil ujian di tapak yang dijalankan oleh Kementerian Pengangkutan di sana.

Daihatsu turut berkata bahawa mereka akan menyambung semula pengeluaran dan penghantaran secara beransur-ansur sebaik sahaja persiapan dibuat, dengan kerjasama pembekal dan syarikat jualan.

3

Baca: Daihatsu Rocky

Baca: Toyota Raize

Baca: Subaru Rex

Baca: Jualan Toyota Raize dan Daihatsu Rocky hibrid dihentikan di Jepun

 

Sumber: carwatch

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Konsep Elektrik Dengan Rekaan Serba Tajam Konsep ini pertama kali muncul melalui kempen teaser “…
Berita Global
  Pada asalnya, CJPT ditubuhkan oleh Isuzu Motors, Hino Motors dan Toyota Motor Corporation …
Tekno Careta
    Pertengahan 80-an, ia diganti dengan model KP70 pula, di mana perubahan yang sangat ketara…