Jualan Toyota Raize dan Daihatsu Rocky hibrid dihentikan di Jepun, libatkan isu ujian kemalangan sisi

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Berikutan isu pemalsuan data ujian oleh Daihatsu Motor Co. pada bulan April lepas, siasatan dalaman terhadap pensijilan keselamatan Daihatsu telah mendedahkan satu lagi isu melibatkan prosedur keselamatan yang tidak dilakukan dengan betul.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dimana kali ini ia melibatkan pensijilan UN-R135, iaitu ujian impak tiang sisi pada model Daihatsu Rocky e-Smart Hybrid dan Toyota Raize Hybrid yang dijual di Jepun.

 

2

 

Berdasarkan laporan, ujian bahagian penumpang dilakukan dengan betul, namun untuk ujian bahagian pemandu, Daihatsu telah menyerahkan data ujian bahagian penumpang dan bukannya data ujian sebenar pada bahagian pemandu.

Kali ini ia melibatkan 22,329 unit Daihatsu Rocky e-Smart Hybrid dan 56,111 unit Toyota Raize Hybrid yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 78,440 unit.

 

3

 

Walaubagaimanapun, nama satu lagi kembarnya, iaitu Perodua Ativa tidak disebut dalam mana-mana dokumen berkaitan, dimana ianya hanya terkesan untuk varian hibrid.

Seperti yang anda tahu, 300 unit Perodua Ativa Hybrid yang dibawa masuk dari Jepun untuk tujuan ujian di Malaysia merupakan kembar kepada Daihatsu Rocky e-Smart Hybrid, tidak dapat dipastikan sama ada ia terkesan atau tidak dengan isu tersebut.

4

Satu lagi kembarnya, Subaru Rex juga tidak disebut dalam mana-mana dokumen, hal ini kerana Subaru Rex juga hanya mempunyai satu varian iaitu enjin 1.2 liter NA.

Jualan kedua-dua model Rocky e-Smart Hybrid dan Raize Hybrid telah digantung buat sementara waktu, dimana Daihatsu dan Toyota masih dalam proses mengesahkan langkah seterusnya.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia berikutan arahan untuk menghentikan jualannya selepas syarikat itu terlibat dengan isu penipuan…
Berita Global
Diposisikan di bawah model HR-V, Honda WR-V 2023 tidak lagi merupakan sebuah crossover hatchback…
Berita Global
Berdasarkan laporan daripada OtoDriver, sumber itu memberitahu generasi baharu Agya/Alya yang juga…