Daihatsu Rocky 2020 - lebih aksesori ditawarkan, harga sedikit mahal (dari RM64k)

oleh Mohamad Hanif|
Jika semalam kita sudah melihat spesifikasi Toyota Raize, kali ini kita meninjau pula apakah yang ditawarkan oleh pemilik asal model tersebut, Daihatsu Rocky.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dilancarkan serentak bersama-sama Toyota Raize pada 5 November lalu, Daihatsu Rocky tidak membawakan sebarang bentuk perbezaan dari segi platform DNGA, dimensi dan juga aspek teknikal. 

Enjin tiga silinder sebaris berkuasa turbo 1.0 liter itu juga kekal dengan kuasa 97 hp dan daya kilas 140 Nm yang digandingkan dengan transmisi D-CVT.

 


Cuma apa yang membezakan antara kedua-dua model ini adalah Daihatsu Rocky membawakan dimensi gril yang sedikit kecil dan rekaan bumper hadapan yang berlainan berbanding Toyota Raize. 

Daihatsu Rocky juga turut membawakan tiga rekaan luaran yang lebih agresif di mana terdapat pilihan Powerful Style, Sporty Style dan juga Elegance Style untuk dipadankan mengikut kehendak pelanggan. 
 


Kit Sporty terdiri daripada beberapa aksesori termasuklah lip hadapan, skirt sisi, lip belakang serta spoiler, dengan beberapa tambahan seperti kemasan hitam berkilat pada perumah lampu kabus, penutup tangki gentian karbon serta rim aloi 16 inci. 

Ruang dalaman pula mendapat banyak elemen merah menguasai beberapa tempat seperti ruang pemegang pintu, ruang tombol gear, dan warna kontras pada balutan kulit hitam tempat duduk. 
 


Pakej Powerful Style pula hadir dengan kit badan yang lebih agresif, skid plate palsu dan tiada spoiler belakang ditawarkan. 

Opsyen yang diberikan termasuklah trim bonet plastik berwarna hitam, rak bumbung, kotak kargo, DRL LED berwarna biru serta rim aloi twin-spoke bersaiz 16 inci. 
 


Untuk pakej Elegance Style pula, elemen krom menguasi segenap penjuru seperti lip hadapan, lip belakang, gril radiator, serta trim tailgate dengan opsyen untuk bahagian seperti moulding pintu, pelindung cermin sisi, trim fender, perumah lampu kabus dan rim aloi 16 inci dua tona. 

Sementara itu untuk ruang dalaman pula, pengguna akan mendapat upholsteri kemasan kulit dengan kontras berwarna putih. 
 


Harga jualan pula bermula dari ¥1,705,000 (RM64,351) menjadikan Daihatsu Rocky sedikit mahal berbanding kembarnya Toyota Raize itu sendiri. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia berikutan arahan untuk menghentikan jualannya selepas syarikat itu terlibat dengan isu penipuan…
Berita Global
Diposisikan di bawah model HR-V, Honda WR-V 2023 tidak lagi merupakan sebuah crossover hatchback…
Berita Global
Namun, sebelum pelancaran rasmi dibuat pada bulan November ini, maklumat berkenaan trenkuasa baharu…