Skandal Daihatsu: Jepun arah tarik balik lesen pengilangan Gran Max, Town Ace, Bongo

oleh Mohamad Hanif|
Kementerian pengangkutan Jepun mengarahkan supaya lesen pengilangan bagi tiga model yang dibina oleh Daihatsu Motor Co. ditarik balik selepas syarikat itu didapati bersalah memalsukan data ujian pelanggaran.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tiga model yang dimaksudkan itu ialah Daihatsu Gran Max, Toyota Town Ace serta Mazda Bongo.

Tiada sebarang model yang berkaitan dengan kereta Perodua disebut dalam pengumuman tersebut.

Menurut laporan Kyodo News, menteri tanah, infrastruktur, pengangkutan dan pelancongan Jepun Tetsuo Saito turut menyeru supaya tindakan segera diambil bagi mengelakkan insiden yang sama berulang kembali.
 

bongo


“Ia merupakan satu masalah besar melibatkan kepercayaan di dalam industri pengeluaran di Jepun, dan telah menggoncang asas sistem pensijilan automobil kami,” ujar Saito.

Ini merupakan kes ketiga di Jepun melibatkan pembatalan sijil pengilangan selepas isu yang melanda pengeluar trak Hino Motors Ltd dan pengeluar forklif Toyota Industries Corp.

Pihak kementerian kini sedang meneliti 45 buah model, termasuk 27 buah yang sedang dipasang dan 18 buah model lama, di mana mereka akan memutuskan hukuman yang bakal dikenakan ke atas baki 42 model yang sedang disemak.
 

townace


Sumber: Kyodo News