Beliau turut meluahkan rasa kecewa apabila terdapat banyak kereta yang terkesan seperti bumper depan tercabut dan kesesakan trafik yang tinggi di laluan tersebut.
Janbatan Bailey sementara di laluan Lebuhraya Tun Razak Kuantan-Segamat ni mendap.
— Hezeri Samsuri (@HezeriSamsuri) April 12, 2024
Banyak bumper kereta tercabut katanya.
Jem tak payah la cerita dan satu kelibat manusia dari kontraktor sampai ke agensi berkaitan pun tak ada.
Cuti betul ya Pahang.
Laluan ni memang… pic.twitter.com/Ov70aiM7f5
Oleh itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah memberi maklum balas berkenaan perkara tersebut.
Jambatan Bailey tersebut dibuka kepada kenderaan ringan tidak melebihi had muatan 20 tan pada 27 Januari 2024 yang bertujuan untuk menghubungkan jalan terputus akibat banjir pada awal Januari yang lalu.
Hasil pemantauan, didapati jumlah kenderaan berat terutamanya melibatkan kenderaan berat melebihi had telah mengakibatkan kerosakan plat keluli yang menyambungkan ramp ke jalan tuju.
Pembaikan kerosakan hanya sesuai dilaksanakan selepas musim perayaan berikutan pembaikan jambatan Bailey akan melibatkan penutupan keseluruhan jalan di lokasi tersebut.
Tambahan itu, JKR Negeri Pahang telah memasang lampu solar di sekitar laluan yang telah dikenalpasti sebagai usaha untuk meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya.
Untuk makluman, kerajaan telah meluluskan pembinaan jambatan baharu bagi menggantikan jambatan asal yang telah runtuh pada awal Januari 2024 yang lalu.