JKR - Jalan alternatif Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang ditutup

oleh Penyumbang Rencana|
Jabatan Kerja Raya (JKR) Gua Musang memaklumkan penutupan jalan alternatif dari Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang (laluan D238) kepada semua jenis kenderaan bermula Selasa, 23 April 2024 sehingga 4 November 2025.

JKR dalam kenyataan berkata penutupan itu bagi memberi laluan kepada kerja pembinaan Jambatan Kampung Kerinting yang baharu.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2
Jaecoo J7 PHEV Launch MREC Banner Campaign March 2025

"Penutupan ini untuk memberi laluan kepada kerja meroboh jambatan besi sedia ada dan pembinaan jambatan baharu. Bagaimanapun penutupan jalan akan dilaksanakan berdasarkan keadaan semasa di tapak projek pembinaan.

"Semua pengguna perlu menggunakan laluan FTI85, FT2747 dan FT008 untuk ke Bandar Lama Gua Musang, jika dari laluan FT185 (Cameron Highlands atau Kuala Betis) dan laluan D29 (Jalan Jelawang).

"Papan tanda lalu lintas sudah disediakan di tapak untuk panduan semua pengguna jalan raya di kawasan yang terlibat," katanya.

JKR berharap supaya semua pengguna jalan raya mematuhi tanda arah dan papan tanda keselamatan yang disediakan.

Katanya, untuk maklumat lanjut, boleh berhubung dengan Pejabat Jajahan Gua Musang di talian 09-9121040.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
Beliau berkata, jalan yang terlibat termasuk lampu isyarat Kampung Melayu ke Batu Caves, susur…
Berita Domestik
"Kerja pembersihan laluan telah dilakukan dan selesai pada 2 petang dan laluan sudah boleh dilalui…
Informasi
Orang ramai dinasihat menggunakan laluan alternatif lain dan tidak bertindak meredah air banjir…