Jambatan Bailey di Jalan Kuantan-Segamat sudah boleh dilalui

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Berita Harian
Jambatan Bailey di Seksyen 102, Jalan Kuantan-Segamat yang ditutup pada 29 April lalu bagi tujuan penyelenggaraan, mula dibuka semula pada jam 4 petang tadi.

Menerusi hantaran Facebook Jabatan Kerja Raya (JKR) Pekan pada Rabu, kerja penyelenggaraan Jambatan Bailey siap sepenuhnya bagi memberikan kemudahan kepada pengguna jalan raya melaluinya.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

"Laluan terbabit dibuka sepenuhnya kepada pengguna jalan raya mulai jam 4 petang pada 1 Mei 2024 (hari ini) dibuka dua hala kepada kenderaan dengan had muatan yang dibenarkan adalah tidak melebihi 20 tan.

"Sehubungan itu, pengguna jalan raya ini dinasihat berhati–hati ketika melalui laluan berkenaandan sentiasa mematuhi arahan papan tanda yang telah disediakan," menurut hantaran itu.

Baru-baru ini, JKR memaklumkan peningkatan jumlah kenderaan berat termasuk melebihi had muatan 20 tan yang melalui jalan itu pada Aidilfitri lalu dikenal pasti sebagai punca kerosakan plat keluli Jambatan Bailey berkenaan.

Kerja pembaikan kerosakan hanya sesuai dilaksanakan selepas musim perayaan berikutan pembaikan Jambatan Bailey akan membabitkan penutupan keseluruhan jalan di lokasi itu dengan mengambil kira aliran trafik semasa yang tinggi.

Pada 7 Januari lalu, laluan itu ditutup berikutan mendapan tanah dikesan di laluan terbabit sehingga menyebabkan laluan berkenaan berlubang dan hampir putus.

Selepas itu pada 27 Januari lalu, laluan itu kembali dibuka semula selepas Jambatan Bailey terbabit dibuka dua hala kepada kenderaan dengan had muatan dibenarkan tidak melebihi 20 tan dan had kelajuan 30 kilometer sejam (km/j).

Jambatan Bailey jenis Acrow 700XS itu dengan kelebaran 9.3 meter dibina sepanjang 30.48 meter. Difahamkan, ia akan dikekalkan di tapak berkenaan sehingga penyelesaian jangka panjang diambil.

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Baca disini. (Maklumbalas JKR) Hari ini, JKR mengumumkan kerja pembaikan kerosakan plat keluli…
Berita Domestik
Beliau turut meluahkan rasa kecewa apabila terdapat banyak kereta yang terkesan seperti bumper…
Informasi
Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Pekan melalui notis pemberitahuan menasihatkan pengguna agar…