Janji ditepati - Jururawat terima trak pikap baharu Toyota Tundra TRD Pro!

oleh Mohamad Hanif|
Masih ingatkah anda kepada cerita seorang geng trak pikap yang lebih dikenali sebagai Allyn Pierce, seorang jururawat yang sanggup mengorbankan kenderaan beliau demi menyelamatkan mangsa kebakaran?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Trak pikap beliau mengalami beberapa kerosakan akibat kebakaran, namun kenderaan tersebut dilaporkan masih lagi berfungsi ketika kejadian. 

Selang beberapa hari selepas kejadian tersebut tersebar meluas di laman media sosial, Toyota USA telah menunaikan janji mereka untuk menghantar sebuah trak pikap Tundra baharu untuk kegunaan Pierce
 


Walaupun trak pikap baharu ini tidaklah setanding Tundra asal beliau yang sarat dengan modifikasi barangan aftermarket, namun Toyota memberikan sebuah trak pikap Tundra spesifikasi TRD Pro yang lengkap dengan lampu LED off-road, skid plate hadapan, cangkuk tunda hadapan, dan rim forged aluminium 18 inci BBS.

Toyota Tunda TRD Pro ini dikuasakan oleh enjin iForce 5.7 liter V8 yang mampu menghasikan 381 hp/543 Nm yang disalurkan kepada sistem pacuan semua roda menerusi transmisi automatik enam kelajuan. 

Dari segi harga di pasaran Amerika, Tundra TRD Pro merupakan pesaing terus kepada Ford F-150 Raptor.

Syabas Toyota USA!

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada The Drive, Toyota USA akhirnya menggugurkan penawaran transmisi manual…
Berita Global
Beberapa media automotif telah berjaya mendapatkan beberapa keping gambar Toyota Tundra 2022 yang…
Berita Domestik
Di Amerika Syarikat, Toyota Yaris pada asalnya menggunakan platform daripada Toyota Vitz (XP130)…