Menurut laporan daripada The Drive, Toyota USA akhirnya menggugurkan penawaran transmisi manual untuk model Corolla standard.

Ini bermakna, setiap varian Corolla (LE, SE, XSE) termasuk versi hatchback kini hanya boleh didapati dengan penawaran transmisi CVT sahaja.
Jurucakap Toyota memberitahu The Drive, sebabnya mudah sahaja - hanya 1.7 peratus pembeli yang mahu menukar sendiri gear semasa memandu.

Difahamkan, Toyota membangunkan transmisi manual enam nisbah kelajuan iMT dengan ciri yang mampu membuatkan pemanduan yang lebih menyeronokkan, seperti fungsi rev-match, serta penukaran gear yang lebih lancar untuk golongan 'noob'.
Jadi, pilihan yang ada sudah pasti model GR Corolla, namun harus diingat untuk tahun pertama produksi hanya 6,000 unit sahaja model hot hatch itu yang akan dipasang untuk pasaran Amerika Syarikat.
Baki selebihnya akan diedarkan untuk pasaran global.
Sumber: The Drive