Korbankan trak pikap demi selamatkan mangsa kebakaran - jururawat terima trak pikap gantian daripada Toyota USA

oleh Mohamad Hanif|
Tatkala di Malaysia musim tengkujuh melanda, California kini sedang dilanda kebakaran hutan yang semakin merebak berikutan cuaca buruk dan fenomena "Angin Syaitan" yang bertiup ke kawasan hutan.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Sebagai seorang jururawat yang bertugas menjaga unit rawatan rapi di Hospital Adventist Health Paradise, Allyn Pierce menggunakan trak pikap Toyota Tundra beliau untuk membawa mangsa yang tercedera akibat kebakaran tersebut. 

 


Malangnya, dalam usaha untuk keluar daripada tempat kejadian, trak pikap mereka terhalang akibat sebuah kenderaan yang terbakar, sedangkan mereka semua terperangkap di dalam Toyota Tundra tersebut. 

Nasib menyebelahi apabila sebuah bulldozer sempat menolak halangan tersebut, dan tanpa menghiraukan keadaan trak pikap beliau yang hampir menjadi mangsa, Allyn Pierce terus berkejar ke hospital untuk menjalankan tugas beliau.
 


Walaupun bahagian plastik seperti cermin sisi, dan pelindung lampu pada trak pikap Tundra tersebut cair akibat kepanasan api, tidak mengejutkan apabila ia masih lagi berfungsi seperti sedia kala. 

Kisah beliau kemudiannya mendapat perhatian akaun rasmi Instagram Toyota USA yang memuji tindakan berani beliau dan berjanji akan menggantikan trak pikap Tundra yang terbakar itu dengan sebuah trak pikap serba baharu. 
 


Sumber: Jack Nicas

Berita Berkenaan

Berita Global
Bagi mereka yang tidak sabar menanti, syarikat Ricardo telah membangunkan sistem HEX 6x6 untuk…
Berita Global
Sana sini, boleh dikatakan banyak kelibat trak pikap Ranger termasuklah Ranger Raptor V6 yang…
Berita Global
Sekiranya perkara tersebut menjadi kenyataan, ia bakal menyertai keluarga trak pikap Toyota sedia…