Toyota Yaris dihentikan jualan di US

oleh Mohamad Hanif|
Yaris di atas muka bumi ini terdiri daripada tiga jenis - Yaris US daripada platform Mazda2, Yaris Asia daripada platform Vios, serta Yaris daripada platform TNGA.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di Amerika Syarikat, Toyota Yaris pada asalnya menggunakan platform daripada Toyota Vitz (XP130) dijual sebagai Scion iA (jenama golongan muda di bawah Toyota) yang menggunakan platform daripada Mazda2.

Kemudian, selepas jenama Scion dimatikan, model ini diserap masuk ke dalam barisan kenderaan Toyota menggunakan nama Yaris.

Namun, hayat Toyota Yaris di US juga tidak kekal lama apabila satu nota yang dihantar kepada pengedar-pengedar Toyota mengesahkan Toyota bakal menghentikan penjualan hatchback yang menggunakan asas Mazda2.

 


Menurut Christine Henley, Pengarah Komunikasi Toyota Amerika Utara menyatakan, "model tahun 2020 akan menjadi model terakhir Yaris yang bakal dijual, sementara Jun 2020 akan menjadi bulan produksi terakhir untuk Yaris sedan dan hatchback.

Jika benar, rakyat Amerika bakal kehilangan model Toyota yang paling mampu milik di bawah paras $20,000 (RM85,800.00), di mana harga jualan Yaris hatchback dan sedan masing-masing bermula dari $15,650 (RM67,139) dan $17,750 (RM76,148).

Apatah lagi beberapa laporan media sebelum ini mengesahkan Toyota tidak akan membawa masuk Yaris generasi baharu yang dibangunkan daripada platform TNGA, atau hot hatch yang lebih berkuasa GR Yaris masuk ke pasaran Amerika Syarikat.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sesuai dengan namanya, Yaris G Limited hanya akan ditawarkan sebanyak 600 unit terhad sahaja dengan…
Berita Domestik
Tidak seperti model negara jiran yang telah mendapat muka baharu, Yaris IMP 2023 untuk pasaran…
Berita Global
  Selain varian sedia ada, Toyota turut memperkenalkan Yaris Premiere Edition yang sarat dengan…