Toyota USA dedah gambar rasmi pertama Tundra 2022

oleh Mohamad Hanif|
Toyota USA secara rasmi telah memperlihatkan gambar pertama trak pikap saiz penuh Toyota Tundra 2022 susulan kebocoran gambar yang dilakukan oleh salah sebuah pengedarnya di sana.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beberapa media automotif telah berjaya mendapatkan beberapa keping gambar Toyota Tundra 2022 yang dipercayai merupakan trim TRD Pro berdasarkan skrip yang terdapat pada liftgate belakang trak pikap itu.

Dari segi penampilan hadapan, trak pikap Tundra 2022 membawakan rupa paras yang agresif, dimulakan dengan gril hadapan yang agak besar dengan beberapa bar lampu terbina dalam, diikuti dengan rekaan lampu yang lebih moden serta lampu nyalaan siang LED berbentuk T.

 


Selain daripada perkataan "TOYOTA" di bahagian atas, terdapat seksyen kecil pada bahagian bawah gril yang menempatkan nama trak tersebut "TUNDRA".

Di bahagian sisi, kita boleh melihat arca roda yang dikelilingi plastik hitam, selain terdapat tempat pemijak sisi dan rekaan rim berwarna hitam yang dibaluti tayar A/T.

 


Sementara bahagian belakang trak pikap ini pula menampilkan unit lampu menegak LED serta skrip TRD Pro yang terdapat pada pintu liftgate yang menunjukkan salah satu daripada varian Tundra yang bakal ditawarkan.

Sama seperti Land Cruiser, Toyota Tundra dibangunkan atas pelantar body-on-frame TNGA-F, di mana Toyota dilaporkan menggantikan penggunaan spring dedaun dengan sistem suspensi bebas untuk trak pikap ini.

 


Penawaran enjin pula bakal menyamai apa yang diberikan oleh Land Cruiser generasi baharu, iaitu enjin iForce Max yang lebih berkuasa berbanding enjin 5.7 liter V8 sedia ada yang menghasilkan 381 hp dan 544 Nm.

Sebagai rujukan, Toyota Land Cruiser generasi baharu datang dengan enjin 3.5 liter V6 yang menghasilkan 409 hp dan 650 Nm.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pakej TRD Performance itu mampu menaikkan output kuasa asal enjin i-FORCE 389 hp kepada 421 hp @ 5,…
Berita Global
Namun, ia hanya sempat hidup selama dua generasi sahaja, di mana Nissan dilapor akan menghentikan…
Berita Global
Tidak menggunakan asas daripada model Silverado sedia ada, Chevrolet membangunkan trak pikap…