GT-R generasi baharu mungkin muncul sebagai EV menjelang 2030 - laporan

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Model konsep Nissan Hyper Force yang didedahkan di Japan Mobility Show 2023 kini dilapor sedang diusahakan untuk menjadi pengganti kepada model ikoniknya, GT-R.

Menurut laporan Autocar, pengarah program reka bentuk Nissan, Giovanny Arroba berkata sebahagian besar pengganti GT-R itu sudah boleh dilaksanakan untuk pengeluaran sebelum tahun 2030.

Giovanny Arroba merupakan orang yang bertanggungjawab menghasilkan rekaan model konsep Hyper Force itu, bersama-sama empat lagi model konsep yang dipamerkan di JMS 2023.

 

2

 

Menurut beliau juga, rekaannya yang terlampau agresif dan futuristik itu bukanlah hanya fantasi konsep semata-mata, dan mampu direalisasikan menjelang akhir dekad ini.

Jika dilihat dari segi prestasi Hyper Force sememangnya pengganti yang sesuai di mana ia dikuasakan trenkuasa motor berkembar bersama sistem pacuan semua roda.

 

3

 

Bakal dihasilkan sebagai sebuah EV berprestasi tinggi, tetapan trenkuasa dua motor bersama teknologi pacuan semua roda e-4ORCE itu mampu menghasilkan sehingga 1,341 HP!

Model pengganti itu juga bakal menggunakan teknologi bateri keadaan-pejal (solid-state) yang kini sedang dibangunkan Nissan untuk produksi besar-besaran menjelang tahun 2028.

 

4

 

Mungkin satu perkara yang pahit untuk ditelan, di mana satu lagi model ikonik dalam dunia automotif berpotensi untuk muncul sebagai sebuah EV.

Baca: Nissan Hyper Force didedahkan - Beri bayangan EV pengganti GT-R

 

Sumber: Autocar

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Selepas 18 tahun dihasilkan dengan kira-kira 48,000 unit, era R35 kini rasmi berakhir. Walaupun…
Berita Global
Legasi 48,000 Unit     Di kilang Nissan di Tochigi, para pekerja berkumpul untuk meraikan legasi…
Berita Global
Model yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 2007 ini telah meninggalkan legasi besar dalam…