Nissan GT-R dan Nissan Z masuk Filipina!, RM1 juta dan RM321 ribu

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nissan Z dan Nissan GT-R Filipina
Nissan Z dan Nissan GT-R Filipina
Nissan Philippines, Inc. (NPI) melancarkan Nissan GT-R 2024 dan Z baharu seterusnya meletakkan Filipina di hadapan banyak buah negara lain.

Di sebalik usia berbelas tahun, GT-R terus relevan dan model terbaru membawa rekaan depan dan belakang baharu.

Perubahan yang dibuat menaikkan lagi penampilan GT-R dan turut meningkatkan kestabilan di atas jalan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Nissan GT-R 2024 Jepun
Nissan GT-R 2024

 

Berdasarkan spesifikasi Amerika Syarikat (Filipina menggunakan pemanduan kiri), enjin 3.8 liter VR38DETT (GT-R Premium) menghasilkan 565 kuasa kuda (hp) dan tork 633Nm.

Harga? 12,445,000 peso (RM1,029,457) dan ditawarkan dalam warna Gun Metallic, Bayside Blue, Pearl White, Vibrant Red, Pearl Black dan Ultimate Silver.

Nissan Z pula membawa gaya model Z terdahulu. Lampu depan dan belakang ikonik selain jeriji ala 240Z menyerlahkan warisan model ini.

 

Nissan Z 2023 (AS) Proto Spec
Nissan Z 2023 (AS) Proto Spec

 

Ruang enjin dimuatkan mesin 3.0 liter VR30DDTT V6 turbo berkembar yang menghasilkan 400 hp dan tork 475Nm.

Membawa nuansa retro, Z dilengkapi teknologi moden seperti Monitor Pandangan Belakang, Papan Pemuka Digital, Sensor Sonar depan dan belakang.

Turut dilengkapi teknologi Nissan Intelligent Mobility seperti Amaran Pelanggaran Depan, Kawalan Pandu Pintar, dan Brek Kecemasan Automatik dengan Pengesan Pejalan Kaki.

 

Nissan Z 2023 (AS) Proto Spec
Nissan Z 2023 (AS) Proto Spec

 

Dua varian Z ditawarkan untuk pelanggan di Filipina iaitu Premium MT (manual enam kelajuan) dan Premium AT (automatik sembilan kelajuan dengan mod Manual).

Tempahan Z dibuka pada 21 September pada harga 3,888,000 peso (RM321,769). 

Ada enam warna ditawarkan iaitu Ikazuchi Yellow, Passion Red, Everest White, Boulder Gray Pearl, Seiran Blue dan Black Diamond Pearl.

Penulis: Muhammad Md Tajudin / Kredit foto: Nissan

 

Nissan GT-R 2024
Nissan GT-R Jepun 2024

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Autocar, pengarah program reka bentuk Nissan, Giovanny Arroba berkata sebahagian…
Berita Global
Bagaimanapun, Nissan Micra boleh dikatakan sebagai antara model ikonik Nissan, terutama sekali…
Berita Global
Lebih tepat lagi, AIM EV Sport 01 yang dihasilkan oleh Shiro Nakamura, bekas pereka Nissan GT-R…