JMS 2023: Nissan Hyper Force didedahkan - Beri bayangan EV pengganti GT-R

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Bertempat di acara Japan Mobility Show 2023, Nissan telah mendedahkan model konsep kelimanya yang menjadi pelengkap kepada barisan model konsepnya, iaitu Nissan Hyper Force.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hyper Force dihasilkan khusus sebagai model EV berprestasi tinggi yang menampilkan trenkuasa motor berkembar, serta sistem pacuan semua roda, menjadikannya bakal pengganti kepada model ikonik Nissan iaitu GT-R untuk masa hadapan.

 

2

 

Dihasilkan sebagai model konsep untuk masa hadapan, rekaan yang dihadirkan kelihatan terlampau agresif dan futuristik, sekaligus menjadikannya sukar untuk dihadam, terutama sekali apabila dibandingkan dengan generasi GT-R sedia ada.

Selain rekaan dengan elemen ikonik nya seperti pada lampu belakang, bahagian luar turut direka untuk mencapai prestasi aerodinamik yang tinggi, di mana ia dibangunkan dengan kerjasama pasukan NISMO.

 

3

 

Antara komponen aero lain termasuklah canard depan, fender flip dan sayap belakang dengan fungsi aero aktif yang meningkatkan daya turun, serta rim forged carbon yang membantu aerodinamik dan penyejukan brek.

Menariknya, Nissan turut menghasilkan penggerak plasma yang baru dibangunkan untuk menekan detasmen udara bagi memaksimumkan cengkaman dan meminimumkan daya angkat roda semasa selekoh.

 

4

 

Dari segi kuasa, tidak banyak perincian yang didedahkan namun menurut Nissan tetapan trenkuasa dua motor bersama teknologi pacuan semua roda e-4ORCE itu mampu menghasilkan sehingga 1,341 HP!

Model konsep itu turut menampilkan dua mod pemanduan “R” (racing) dan “GT” (grand touring), di mana grafik antara muka pada papan pemuka akan berubah mengikut pilihan mod.

 

5

 

Selain rekaan dengan idea tanpa batasan di bahagian dalaman, kesan grafik pada pilihan mod itu juga dihasilkan dengan kerjasama Polyphony Digital Inc, yang turut menghasilkan permainan video lagenda untuk petrolhead iaitu Gran Turismo.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…