Model konsep Nissan 20-23 didedahkan: beri bayangan rupa EV Micra dengan DNA GT-R

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Agak pelik untuk kaitkan Nissan Micra dengan keterujaan yang sama seperti abang besarnya iaitu GT-R di kalangan petrolhead, terutama sekali apabila kedua-duanya berada di dalam segmen berbeza.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Bagaimanapun, Nissan Micra boleh dikatakan sebagai antara model ikonik Nissan, terutama sekali melalui generasi ketiganya yang unik atau dikenali dengan kod nama K12.

 

2

 

Baru-baru ini, Nissan telah memperlihatkan sebuah model konsep yang digelar sebagai Nissan 20-23 bagi menyambut ulang tahun ke-20 Nissan Design Europe, yang juga bertanggungjawab dalam penghasilkan reka bentuk model Juke dan Qashqai.

Nama itu mencerminkan 20 tahun kedudukan NDE di London, serta nombor tradisional Nissan, iaitu 2 (ni) 3 (san) dengan tahun semasa.

 

3

 

Model konsep 20-23 merupakan sebuah hatchback kompak, di mana rekaannya dipengaruhi oleh dunia perlumbaan dalam talian dan penyertaan Nissan dalam Formula E.

Secara rasminya, model konsep itu bukanlah pengganti bagi Nissan Micra, namun bahasa reka bentuknya kuat memberi bayangan sebagai sebuah penggantinya, terutama generasi K12 sebagai sebuah EV.

 

5

 

Hadir sebagai model konsep, logik bukanlah perkara yang perlu dijangka, di mana konsep 20-23 hadir dengan rupa agresif yang menampilkan badan lebar, splitter dan diffuser gergasi serta arch tayar lebih besar.

Dijelmakan sebagai model EV, rupa futuristik model konsep itu diteruskan dengan penampilan lampu hadapan dan belakang dengan rekaan separa bulat, di mana menurut Nissan ianya memberikan rupa yang "mesra".

 

5

 

Tipikal bagi sebuah model konsep, 20-23 juga hadir dengan pintu gunting gaya supercar, di mana ianya tidaklah kelihatan pelik bagi sebuah model yang bukan dalam segmen hatchback kompak.

Pada bahagian dalaman pula, ia didatangkan dengan stereng gaya yoke, bersama pedal untuk melaras tahap kuasa dari trenkuasa elektriknya dan errr... sebuah lubang pada papan pemuka!