Ford Ranger Platinum 2023 mendarat di Eropah, varian paling mewah, nadi V6 247 hp, 600 Nm

oleh Mohamad Hanif|
Ford Eropah baru-baru ini telah menambah sebuah lagi varian baharu trak pikap yang lebih mewah, dikenali sebagai Ranger Platinum.
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

Kehadiran Ranger Platinum ini dilihat mampu menjadi pelengkap kepada varian Ranger sedia ada (XL, XLT, Limited, Wildtrak) termasuk versi prestasi tinggi Ranger Raptor.

Varian premium ini dikuasakan oleh nadi diesel bentangan V6 yang mampu menjana kuasa 247 hp dan daya kilas 600 Nm.
 

platinum


Kuasa itu disalurkan kepada sistem pacuan empat roda menerusi transmisi automatik 10 nisbah kelajuan, di mana kotak gear itu telah dipasangkan cagak khas bertujuan untuk mengurangkan bunyi dan gegaran.

Membezakan Ranger Platinum berbanding varian lain adalah rim bersaiz 20 inci, rekaan jeriji, lampu nyalaan siang LED (yang sama seperti model Wildtrak), serta unit lampu utama LED matriks, tidak ketinggalan paparan perkataan Platinum pada bahagian depan, sisi dan juga belakang trak pikap ini.
 

platinum


Selain itu, Ranger Platinum turut didatangkan dengan ciri pintu tailgate tutup lembut, kaca privasi, tempat duduk larasan 10 tahap dengan balutan upholsteri kulit, serta sistem pencahayaan ambien yang lebih canggih.

Sebagai sebuah varian yang tertinggi, Ranger Platinum turut didatangkan dengan kelengkapan bantuan pemandu termaju termasuklah bantuan parkir aktif, amaran titik buta, amaran lintasan trafik belakang, amaran penukaran lorong, dan ciri kamera keliling 360 darjah.

Baca: Ford Ranger 2023 (Malaysia)

Baca: Ford Ranger Raptor 2023 (Malaysia)

Berita Berkenaan

Berita Global
Sementara itu di pasaran Australia, Ford baharu sahaja melancarkan varian baharu Ranger, iaitu…
Berita Domestik
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) selaku pengedar tunggal Ford bakal mengadakan Kursus Pemula 4WD…
Berita Global
Kelibat model ujian tersebut dikesan di Korea Selatan, berkemungkinan besar berdekatan dengan pusat…