Ford Ranger Raptor 2022 - Enjin 3.0 V6 petrol dengan harga dari RM259,888

oleh Mohamad Hanif|
Trak pikap mewah berprestasi tinggi, Ford Ranger Raptor generasi terkini telah dilancarkan hari ini di sebuah litar “dirt” khusus di Litar Antarabangsa Sepang.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Sime Darby Auto Connexxion (SDAC), pengimport dan pengedar tunggal Ford untuk Malaysia membawa masuk Ranger Raptor ini selepas dua bulan Ranger generasi baharu dilancarkan.

Seperti model Ranger dan Ranger Raptor sebelum ini, trak pikap super ini dibangunkan oleh Ford Australia dan dipasang di Thailand untuk pasaran global.
 

Raptor


Berdasarkan trak Ranger terkini, baby Raptor kali ini menggunakan enjin 3.0L V6 dengan turbo berkembar bagi menghasilkan 397hp dan 583 Nm, dan menariknya nadi V6 yang berkuasa ini boleh disuap dengan bahan api RON95.

Enjin ini dibina khusus untuk Ford Ranger Raptor generasi ini dan ia juga digunakan oleh Ford Bronco Raptor. Ia datang dari keluarga enjin yang sama dengan unit 3.5L yang digunakan oleh Ford F150.

Enjin yang menggunakan blok graphite iron ini adalah 75 peratus lebih kuat dan 75 peratus lebih kukuh dari blok enjin tetuang biasa.
 

Raptor


Transmisi pula ialah 10-kelajuan automatik yang sama seperti Raptor lama tetapi dengan nisbah yang ditukar untuk sepadan dengan enjin petrol itu.

Seperti Ranger Raptor sebelum ini, ia datang dengan mod-mod pemanduan tetapi kali ini, mod Baja disertakan sekali dengan fungsi anti-lag ala perlumbaan di mana turbin turbo akan dibiarkan berpusing sehingga tiga saat selepas pendikit ditekan. Ini memberikan pecutan lebih cepat untuk keluar dari selekoh atau ketiga nisbah gear ditukar.

Tujuh mod pemanduan diberikan, termasuk Baja. Mod lain termasuk Normal, Sport, Slippery, Rock, Sands, Mud/Ruts.
 

raptor


Ranger Raptor ini masih mengekalkan peredam hentak jenis Fox 2-5 inci yang ditala oleh Ford, lengkap dengan ciri Bottom-Out Control. Ia juga menggunakan bendalir Teflon bagi mengurangkan lagi geseran, hampir 50 peratus lebih lancar dari sebelum ini.

Transmisi 4X4 Electronic Shift On The Fly (ESOF) pula menggunakan transfer case 2-kelajuan dengan empat mod - 2WD, 4WD Auto (seperti Triton Athlete), 4WD High dan 4WD Low. Differential Lock pula diberikan kepada gandar depan dan juga belakang.
 

Raptor


Kabin kekal canggih dan modern, dengan skrin sesentuh 12.4-inci TFT dan skrin 12-inci untuk paparan meter.

Ia datang dengan sistem Apple CarPlay dan Android Auto serta sistem audio dari Bang & Olufsen lapan pembesar suara.
 

raptor


Lima warna diberikan dengan warna sinonim jingga Code Orange baharu.

Ranger Raptor baharu datang dengan jaminan lima tahun atau 160,000 km. Pemilik boleh menambah pakej jaminan tambahan Premium Care.

Harga jualan Ranger Raptor 2022 ini bermula dari RM259,888.

Baca: Ford Ranger Raptor Generasi Baharu dengan Nadi V6

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mangsa telah menghubungi nombor yang tertera dalam iklan yang menggunakan nama Nor Vincent dan Mr…
Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Domestik
Semenjak diperkenalkan untuk pasaran Malaysia pada tahun 2022, Generasi baharu Ranger dan Ranger…