Ford Ranger generasi baharu kini di Malaysia - tujuh varian, dari RM109k

oleh Mohamad Hanif|
Ford Motor Company menerusi rakan pengedarnya Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) hari ni secara rasmi melancarkan generasi baharu Ford Ranger 2022 untuk pasaran tempatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menggunakan platform Ranger T6 yang dipertingkatkan, Ranger serba baharu kali ini jauh lebih canggih dengan beberapa teknologi pertama di dalam segmen yang dimuatkan.

Menurut Presiden Pasaran Pengedar bagi rantau ASEAN dan Asia Fasific Ford Motor Company, Yukontorn 'Vickie' Wisadkosin berkata, "Ranger sentiasa menjadi rakan yang selalu boleh diharapkan untuk peniaga kecil, keluarga, peminat kembara, kegunaan komersial dan banyak lagi di lebih 180 buah negara.

"Dengan ciri terkehadapan baharu yang ditawarkan, kami percaya Ranger generasi baharu akan terus membawa revolusi dalam segmen trak pikap, dan mempertingkatkan lagi daya tarikannya yang sedia hebat di dalam pasaran.
 

Ranger


Dari segi penampilan, Ranger baharu membawakan rupa paras yang lebih tegap, dimulakan dengan unit lampu dan gril serba baharu, lampu nyalaan siang berbentuk C, serta penawaran lampu LED matriks dan bantuan suluhan tinggi automatik buat kali pertama.

Struktur hadapan hidroform pula membolehkan aliran udara yang lebih banyak ke radiator, sekaligus membantu mengekalkan suhu yang sentiasa rendah sepanjang operasi.

Karakteristik Ranger yang sedia terkenal dengan pengendalian yang cemerlang ditambahbaik dengan kemampuan off-road, di mana para jurutera telah menambah jarak antara roda sebanyak 50 mm untuk kestabilan yang lebih baik.

Sudut pendekatan turut dinaikkan kepada 30 darjah daripada 28.5 darjah, diikuti sudut pelepasan 23 darjah (daripada 21 darjah), diikuti dengan kedudukan suspensi belakang dialihkan kedudukan ke luar rangka untuk pemanduan yang lebih terkawal.
 

Ranger


Ruang belakang telah dibesarkan dengan menambah kelebaran trak sebanyak 50 mm kepada 1,620 mm untuk memuatkan barangan asas yang besar seperti papan lapis serta palet kayu saiz penuh.

Selain itu, Ford Ranger generasi baharu kini menyediakan sistem pengurusan kargo yang lengkap dengan pembahagi, ruang tempat pijak kaki di bahagian belakang tayar khusus untuk varian WildTrak, seta pintu but yang boleh berfungsi sebagai meja kerja lengkap dengan poket kapit dan pembaris untuk mengukur, memegang dan memotong bahan binaan.
 

Ranger


Dari segi kuasa, Ford Ranger generasi baharu ini didatangkan dengan pilihan enjin berikut:

2.0 liter Turbo Tunggal
-170 PS @ 3,500 rpm, 405 Nm @ 1,750-2,500 rpm
-pilihan transmisi manual 6 nisbah kelajuan, atau automatik 6 nisbah kelajuan
-Electronic Shift-on-The-Fly (ESOF)

2.0 liter Bi-Turbo
-210 PS @ 3,750 rpm, 500 Nm @ 1,750-2,000 rpm
-transmisi automatik 10 nisbah kelajuan
-Electronic Shift-on-The-Fly (ESOF)

Untuk varian Wildtrak, mod yang boleh dipilih adalah Normal, Eco, Tow/Haul, Slippery, Mud/Ruts, dan Sand untuk kegunaan off-road.

Sementara varian XL hingga XLT Plus pula terdapat empat mod iaitu Normal, Eco, Tow/Haul dan Slippery.
 

Ranger


Ruang kabin turut mengalami perubahan yang ketara, di mana susun atur papan pemuka kini menampilkan skrin sentuh sebesar 10.1 inci (atau 12 inci) yang diposisikan menegak, lengkap dengan sistem operasi SYNC4A yang melengkapi skrin kluster digital lapan inci di hadapan pemandu.

Untuk memudahkan urusan, segala kawalan mod pemanduan tradisional telah dialihkan dari papan pemuka dan berhampiran gear ke satu paparan tersendiri di dalam skrin SYNC.

Terdapat banyak ciri berguna untuk para pemilik, termasuklah ruang untuk menyimpan telefon atau pengecasan tanpa wayar, ruang simpanan di konsol tengah, panel pintu dan belakang tempat duduk belakang, serta kemudahan kamera 360 darjah untuk varian WildTrak.
 

Ranger


Selari dengan perkembangan semasa, para jurutera Ford telah berusaha untuk menjadikan Ranger lebih selamat.

Antara ciri yang dimuatkan termasuklah Post Collision Braking (Wildtrak & XLT), Adaptive Cruise Control dengan ciri Stop & Go, Cross Traffic Alert, Reverse Brake Assist dan Evasive Steer Assist (WildTrak), serta sokongan Brek Kecemasan Automatik (AEB) untuk varian XLT dan Wildtrak dengan pengesan penunggang basikal dan pejalan kaki serta sokongan AEB di persimpangan.

Ada beberapa warna menarik ditawarkan untuk Ranger generasi baharu termasuk dua warna baharu iaitu Sedona Orange dan Luxe Yellow, serta warna sedia ada termasuklah Arctic White, Meteor Gray, Aluminium Metallic, Lightning Blue dan Absolute Black.
 

Ranger


Terdapat sehingga tujuh varian yang berbeza ditawarkan termasuklah XL, XLT, XLT PLUS, dan WildTrak.

Harga jualan Ford Ranger 2022 adalah seperti berikut:

  • Ford Ranger XL (dua varian) - RM108,888
  • Ford Ranger XLT (dua varian) - RM124,888
  • Ford Ranger XLT Plus - RM142,888
  • Ford Ranger Wildtrak - RM168,888

Selain jaminan standard untuk tempoh lima tahun dan jaminan lanjutan hingga tujuh tahun, pemilik Ranger generasi baharu boleh memilih pakej servis berjadual sehingga lima tahun dengan cara pembayaran awal untuk menjimatkan kos.

Bagaimana pula dengan varian Ranger Raptor? Ia akan dilancarkan menjelang suku keempat tahun ini.

 

Ford Ranger XL

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati pemandu terbabit dengan sengaja meletakkan kenderaannya di tepi jalan…