Hilux Revo GR Sport Wide Tread - bakal lawan Raptor?

oleh HEZERI SAMSURI|
Varian Hilux dengan nama yang berkemungkinan paling panjang di dalam dunia.
Pameran Bangkok International Motor Show (BIMS) terus gemilang sebagai pameran automotif terbaik di Asean, atas alasan barisan kenderaan-kenderaan yang dipamerkan.

Jauh berbeza dari acara pameran kedai kereta berbayar seperti di Malaysia, BIMS menampilkan banyak model-model yang dilancarkan buat pertama kalinya di Asean, dan ada juga di dunia.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-model EV dan lain-lain di ruang masing-masing, peminat trak pikap tidak kecewa kerana Toyota menampilkan varian paling sporti untuk model Hilux di wilayah ini.

Toyota Motor Thailand telah melancarkan Toyota Hilux Revo GR Sport Wide Tread minggu lalu dan ia dipamerkan di BIMS serta menjadi antara daya tarikan terkuat dalam barisan pameran jenama tersebut.

Selain dari nama yang cukup panjang, di bawah ialah antara fakta-fakta menarik berkaitan model Hilux Revo GR Sport Wide Tread ini:

 

 

1. Enjin turbodiesel 1GD-FTV 2.8L empat barisan selinder selari menghasilkan 224PS pada 3,400 rpm dan 550 Nm antara 1,600 ke 2,800 rpm, sama seperti Hilux GR Sport yang dijual di Malaysia.

2. Ia menggunakan sistem "common rail direct fuel injection" yang kini mampu beroperasi pada tekanan yang lebih tinggi, 275 MPa dan penapis "particulate" diesel yang menepati piawaian Euro 5, sama seperti Hilux GR Sport di Malaysia.

3. Otak komputer atau ECU dan kawalan transmisi turut ditala untuk peningkatan kuasa yang diterima, sama seperti Hilux GR Sport di Malaysia.

 

 

 

4. Bamper hadapan dan belakang yang mirip Hilux GR Sport spek Australia.

5. Kit badan lebar (wide bodykit) dengan overfender yang menjadikan "Hailak" ini lebih lebar - trek tayar depan bertambah 140mm dan belakang pula 155 lebih lebar. Ini termasuk "spoiler" di belakang kabin yang nampak sungguh "racing".

6. Tayar BF Goodrich KO2 AT bersaiz 265/65 R17 dipadankan dengan roda aloi 17 inci.

7. Ia lebih tinggi, 37mm lebih tinggi, menjadikan ruang lega bumi kini 217mm.

8. Sistem gantungan menggunakan peredam monotube baharu dengan pegas spring talaan baharu, bar penstabil hadapan lebih besar, wishbone hadapan yang juga ditebalkan dan kimpalan tambahan pada ladder frame untuk mengukuhkan chassis Hilux ini.
 

 

8. Brek belakang digantikan kepada cakera dan brek cakera hadapan ditingkatkan dari 16 ke 17 inci.

9. Kabin menerima skrin sesentuh 10.25 inci dengan Apple CarPlay dan Android Auto nirwayar, fungsi pengecaj telefon pintar nirwayar, cermin pandang belakang dengan fungsi auto-dimming, pengecaj USB-C untuk penumpang belakang dan corak baharu untuk daun pintu dan tempat duduk.

10. Tambahan aksesori luaran lain terdiri dari lampu hadapan Bi-LED, lampu kabus LED, stering GR Sport, kamera 360, sistem telematik T-Connect, sistem ADAS lengkap dan beberapa ciri-ciri mewah lain.
 

 

Harganya di Thailand bermula dari 1.5 juta baht atau RM197k, dan sebenarnya harga ini lebih hampir kepada trak Ford Ranger Platinum.

Untuk ia bersaing dengan Ranger Raptor, mungkin tidak kerana tidak seperti Raptor yang menggunakan chassis tersendiri gabungan Ranger dan Everest serta tambahan pengukuhan yang lain, Raptor juga mempunyai enjin 3.0L V6 turbo petrol yang tidak digunakan oleh varian Ranger yang lain.

Ranger Raptor juga menggunakan sistem gantungan jenis Fox yang juga direka khusus untuk varian itu, sistem audio premium B&O dan paling penting, harga yang jauh lebih tinggi.

Adakah Hilux nama panjang ini akan popular jika UMW Toyota berani menyambut cabaran kita peminat trak pikap Malaysia - bak kata geng powil, gerenti!

* Galeri gambar di bawah oleh Theophilus Chin

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Ini adalah kali pertama di dunia Toyota bekerjasama dengan syarikat pihak ketiga untuk projek…
Berita Global
Dengan empat roda kecil, ia dilengkapi dengan bateri yang boleh diganti dan boleh dipandu di kaki…
Berita Global
Keputusan pembuat kereta Jepun untuk mengurangkan pengeluaran EV didorong oleh kelembapan dalam…