Aksi lasak hot hatch GR Corolla diperlihatkan dalam "The Shoot"

oleh Mohamad Hanif|
Tidak seperti pasaran kita yang menerima model GR Yaris (yang sudah habis dijual), pasaran Amerika Syarikat hanya memfokuskan kepada tiga model sahaja, iaitu GR Supra, GR86 dan juga GR Corolla.

Mereka turut melancarkan kempen iklan bersiri, di mana dua daripadanya telah pun disiarkan sebelum ini, iaitu "The Pitch" yang menampilkan GR Supra dan "The Focus Group" yang memaparkan aksi drift GR86 dalam pusat membeli belah terbengkalai.

 


Iklan ketiga Gazoo Racing telah pun dimuat naik baru-baru ini berjudul "The Shoot", dan seperti yang anda jangka video tersebut memberikan tumpuan kepada ahli terbaharu keluarga Gazoo Racing, iaitu GR Corolla.

Tiada sebarang babak janaan komputer (CGI) yang digunakan dalam iklan terbaharu ini, di mana ia juga turut menampilkan pemandu professional termasuklah Ken Gushi, Fredric Aasbo dan Ryan Tuerck.
 

GR COROLLA


Ada aksi drift dan pemanduan off-road ringan, aksi kejar mengejar dengan helikopter atas laluan bersalji, serta aksi pemanduan dua roda (siapa masih ingat video Saga Knight tahun 90-an?).

Menariknya, terdapat juga generasi Corolla terawal yang turut dimuatkan dalam satu babak penggambaran.

Iklan "The Shoot" ini akan ditayangkan di pelbagai platform media sosial Toyota bermula sekarang sehingga Ogos nanti.

Baca: Toyota GR Corolla
Baca: Toyota GR Supra manual
Baca: Toyota GR86
Baca: Toyota GR Yaris

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengurusan kes ditetapkan pada 29 Jun ini secara e-Review di hadapan Timbalan Pendaftar S.…
Informasi
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan sebarang promosi atau tawaran kerja…
Berita Domestik
“Mangsa bersetuju membeli sebuah kereta jenis Toyota Vios tahun 2024 yang diiklankan pada harga…