Toyota GR Corolla 2023 – enjin tiga silinder 1.6L turbo, 300 PS, 370 Nm, dari RM355,000

oleh Mohamad Hanif|
Ahli keluarga terbaharu Gazoo Racing, Toyota GR Corolla kini rasmi dilancarkan untuk pasaran Malaysia, menyertai GR Supra, GR Yaris dan GR86.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kereta sports kompak ini dikatakan menjanjikan prestasi sebuah hot hatch dengan tahap pengendalian dinamik yang lebih lincah, serta dipadankan dengan penampilan yang sporti.

Uniknya, GR Corolla tidak menampilkan enjin empat silinder seperti mana kebiasaan kereta sports di dalam segmennya.
 

GR Corlla


Sebaliknya, ia ‘meminjam’ nadi tiga silinder sebaris G16E-GTS daripada GR Yaris dengan talaan kuasa 300 PS @ 6,500 rpm dan daya kilas 370 Nm @ 3,000-5,550 rpm, dipadankan dengan transmisi iMT enam nisbah kelajuan dan sistem pacuan semua roda (AWD) GR-Four.

Pemandu boleh memilih sehingga tiga mod pemanduan dan tiga mod AWD untuk disesuaikan dengan kondisi jalan dan keperluan semasa, dibantu dengan pembeza gelincir terhad Torsen di bahagian gandar depan dan belakang.
 

GR Corolla


Memastikan kereta melekat di atas jalan ialah tayar Yokohama ADVAN Apex berprestasi tinggi saiz 235/40 yang membaluti rim aloi hitam ENKEI bersaiz 18 inci.

Di kalangan keluarga GR, GR Corolla menampilkan rupa paras yang agresif, dengan dimensi badan yang lebar, bumbung gentian karbon, bonet dengan liang berfungsi, aksen hitam berkilat, diikuti dengan sistem ekzos yang diakhiri dengan tiga tip dan spoiler aerodinamik di bahagian belakang.
 

GR corolla


Untuk ruang kabin, GR Corolla menampilkan skrin paparan instrumen digital 12.3 inci dengan animasi permulaan GR, skrin paparan head-up, skrin infohibur sembilan inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, kawalan iklim dua zon, slot pengecasan peranti pintar tanpa wayar dan sistem kemasukan pintar.

Melengkapi penawaran GR Corolla ialah sut Toyota Safety Sense yang dibantu dengan kamera monokular dan radar, sistem telematik kenderaan, perakam video digital (DVR) dan tujuh beg udara SRS secara standard.
 

GR Corolla


Harga jualan Toyota GR Corolla 2023 bermula dari RM355,000 atas jalan tanpa insurans.

Baca: Toyota GR Corolla 2023

Berita Berkenaan

Berita Global
Jika anda masih ingat, beberapa tahun yang lepas Toyota menggunakan animasi untuk mengiklankan…
Berita Global
Ini kerana menurut laporan Motor1, Toyota Amerika telah berjaya menjual sebanyak 5,567 unit GR…
Telah Diuji
Ia tampil dengan pakej yang serba lengkap - rupa paras yang sporti, tiga pintu (kedekut penumpang…