Toyota GR86 2023 – nadi 2.4 liter flat-4, 237 PS, 250 Nm, dari RM295,000

oleh Mohamad Hanif|
Sedar ataupun tidak, model kereta sports pacuan roda belakang ‘mampu milik’ Toyota GT86 kini sudah pun memasuki generasi kedua pada tahun lepas, dan namanya juga kini ditukar kepada GR86 sebagai sebahagian daripada keluarga kereta berprestasi tinggi Gazoo Racing.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ia membawakan enjin empat silinder bentangan mendatar FA24D 2.4 liter aspirasi natural yang mampu menjana kuasa sehingga 237 PS @ 7,000 rpm dan daya kilas 250 Nm @ 3,700 rpm.

Pembeli GR86 boleh mendapatkan pilihan transmisi manual enam nisbah kelajuan atau automatik enam nisbah kelajuan dengan tambahan ciri paddle shifter.
 

GR86


Aspek pemanduan dipertingkatkan dengan ciri pembeza gelincir terhad pada gandar belakang, sistem suspensi MacPherson/double wishbone, casis yang telah diperkukuh, titik graviti yang lebih rendah, diikuti dengan lima tetapan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dan Kawalan Cengkaman (TRC) yang boleh dilaraskan mengikut keperluan pemandu.

Dari segi luaran, rekaan GR86 ini banyak membawakan elemen penggayaan daripada kereta-kereta sports terdahulu seperti 2000GT dan AE86 Levin, diikuti dengan tip ekzos berkembar, lencana GR, rim aloi bersaiz 18 inci serta tayar Michelin Pilot Sport.
 

GR86


Ruang kabin GR86 didatangkan dengan susun atur yang ringkas dan ergonomik, diikuti dengan tempat duduk larasan manual enam cara, serta balutan kulit premium dan suede.

Sistem infohibur GR86 bersaiz lapan inci itu turut menyokong sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, sementara skrin info TFT bersaiz tujuh inci itu hadir dengan mod Track yang membolehkan pemandu membaca data-data yang penting terutama semasa di dalam litar.
 

GR86


Aspek keselamatan GR86 terdiri daripada tujuh beg udara SRS, sistem pra-pelanggaran, amaran keluar lorong, kawalan jelajah (fungsi adaptif untuk varian automatik), dan bantuan suluhan tinggi.

Untuk pasaran Malaysia, Toyota GR86 dijual pada harga bermula dari RM295,000 untuk versi manual, dan RM305,000 untuk versi automatik.

Baca: Toyota GR86 2022 dilancarkan
Baca: Bagaimana nak beza Toyota GR86 dan Subaru BRZ?

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
  2023 merupakan tahun mencabar yang menyaksikan pemberian paten menurun tiga peratus merentasi…