Iklan Toyota Hilux diharamkan di UK kerana adegan off-road

oleh HEZERI SAMSURI|
Sebuah iklan atas talian untuk Toyota Hilux telah diharamkan di United Kingdom (UK) kerana dituduh "tidak menghormati alam sekitar".

Menurut laporan Bloomberg, Badan Standard Pengiklanan UK menganggap iklan itu menunjukkan kenderaan dipandu tanpa "menghiraukan impak terhadap alam semulajadi dan alam sekitar."

Iklan itu dipertontonkan di Facebook dan ia berkisar sebuah konvoi trak pikap Hilux yang dipandu melalui hutan, sungai dan kawasan lapang sambil menyampaikan mesej trak itu sebagai salah satu dari keindahan alam semula jadi.

Nampaknya UK dan Hilux bukanlah kes pertama. Iklan Ford Ranger Raptor 2018 pernah diharamkan tayangannya di televisyen Australia atas alasan kenderaan itu dipandu "off-road" dalam keadaan yang terlalu agresif.

TV Australia juga pernah mengharamkan iklan Toyota GR Yaris dalam tahun 2021 kerana adegan di mana tayar belakang GR Yaris dilihat sebagai "hilang kawalan".

Di bawah ialah iklan Toyota Hilux yang diharamkan di UK tetapi nampaknya masih ada ditayangkan di YouTube.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Magazine X yang dipetik oleh Car Sensor, Toyota hanya merancang menghasilkan…
Berita Global
Dakar jadi makmal ujian teknologi hidrogen Menurut Toyota, penyertaan dalam Dakar Rally bukan…
Berita Global
Sejak mengambil alih jawatan CEO pada 1 April lalu, Kon telah melawat pelbagai kilang, pusat…