757 daripada 2,118 projek pembinaan JKR siap sepanjang tahun 2023

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Sebanyak 757 daripada 2,118 projek pembinaan di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) sepanjang tahun 2023 telah siap sepenuhnya.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata 772 lagi projek dalam proses pembinaan manakala 589 pula di peringkat prapembinaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau berkata bagi kerja dan projek penyelenggaraan yang dilakukan JKR, daripada 9,349 kerja-kerja dijalankan 8,851 daripadanya telah siap, 473 dalam proses pembinaan manakala selebihnya dalam peringkat prapembinaan.

"Kita dengar macam-macam aduan, komen dalam media sosial yang mengatakan JKR tidak buat kerja. Tapi kalau mengikut statistik banyak kerja-kerja yang telah dijayakan JKR.

Malah projek-projek yang sempurna lebih banyak daripada projek sakit. Jadi kalau kata JKR tidak buat kerja itu tidak betul," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas sesi dialog awam bersama jurutera daerah JKR di Kementerian Kerja Raya di Kuala Lumpur pada Selasa yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.

Sesi dialog dua hala yang julung kali diadakan itu selaras dengan aspirasi Program MYJalan yang mahu meningkatkan ketangkasan penyelesaian aduan dan kerja-kerja penyenggaraan jalan melalui pemerkasaan fungsi jurutera daerah dan jurutera jajahan.

Pada majlis itu, Nanta turut menyampaikan amanat akan pentingnya peranan jurutera daerah dan jurutera jajahan sebagai tenaga kerja dalam menjayakan agenda dan hala tuju kementerian sekali gus menyumbang kepada pembangunan dari kesejahteraan rakyat dan negara.

Seramai 86 pegawai yang terdiri daripada Jurutera Daerah JKR melibatkan 11 negeri hadir pada sesi dialog dengan kesemuanya telah mengambil ikrar Aku Janji Bebas Rasuah.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
"Penutupan ini untuk memberi laluan kepada kerja meroboh jambatan besi sedia ada dan pembinaan…
Berita Domestik
Beliau turut meluahkan rasa kecewa apabila terdapat banyak kereta yang terkesan seperti bumper…
Berita Domestik
Difahamkan, walaupun pembaikan berkala dilaksanakan kontraktor Jabatan Kerja Raya (JKR), namun…