Uncategorized

BMW Group Malaysia kukuh dalam segmen automotif premium

on

BMW Group Malaysia mengumumkan rekod prestasi tertingginya dalam sejarah syarikat, sekali gus mengukuhkan lagi posisinya selaku pengeluar kenderaan premium nombor satu di Malaysia.

Dengan peningkatan sebanyak 13.4 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2013 (7,974 unit) sejumlah 9,046 unit kenderaan dihantar pada tahun 2014 merangkumi 7,808 unit BMW, 655 unit MINI dan 583 unit BMW Motorrad.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Alan Harris, “Dengan prestasi yang diperoleh tahun lalu membolehkan BMW Group Malaysia muncul sebagai pengeluar kenderaan premium nombor satu di Malaysia.”

Di peringkat global, BMW Group berjaya mengukuhkan posisinya selaku kumpulan pengeluar kenderaan premium terbesar di dunia dengan penghantaran kenderaan sebanyak 2,117,965 unit kenderaan di seluruh dunia, menyaksikan peningkatan 7.9 peratus berbanding tahun 2013 dengan 1,963,798 unit kenderaan).

Bagi tahun 2015, BMW Group Malaysia akan terus fokus untuk menawarkan pelanggan di Malaysia pengalaman pemilikan premium yang sempurna merangkumi apa yang terbaik dalam kelasnya, teknologi dan inovasi termaju pada kenderaan keluarannya serta penawaran perkhidmatan proaktif di semua peringkat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *