Berita Domestik

Alami kuasa dalaman dengan Caltex

on

Semalam jenama barangan petroleum Caltex telah mengumumkan pelancaran kempen promosi  ‘True Power from Within’ bersempena Ulang Tahun ke-10 filem blockbuster popular Transformers, untuk tayangan filem terini mereka “Transformers: The Last Knight”.

Sepanjang tempoh promosi sehingga 31 Julai 2017, pengguna dan peminat filem tersebut boleh memilih produk Havoline®, Delo® dan Techron® untuk menyertai peraduan dan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik termasuk skuter Vespa, barangan eksklusif premium Transformers, StarCash, baucar membeli-belah dan promosi cabutan bertuah bulanan. Ahli program kesetiaan  Caltex JOURNEY Card™ dan B Infinite Card layak untuk cabutan khas dan peluang untuk memenangi sehingga 2,000,000 mata BPoints.
Photo 4
Caltex menawarkan bahan api dan pelincir enjin yang menjanjikan prestasi tinggi dan akan menjalankan dua kempen berturut-turut semasa tempoh promosi  ‘True Power from Within’.

Mulai sekarang hingga 31 Julai 2017, pelanggan yang membeli produk terpilih Havoline®, Delo® dan Techron® Concentrate Plus daripada stesen dan bengkel Caltex terpilih akan menerima barangan premium filem eksklusif (baju polo, T-shirt atau tuala microfibre bergantung kepada produk dibeli) dalam satu set kotak promosi.

Anda juga berpeluang juga memenangi hadiah cabutan bertuah  termasuk lima pembesar suara Bose® Bluetooth dan sepuluh baucar beli-belah bernilai RM200 setiap satu, dengan hadiah utama sebuah skuter Vespa® LT150. Cabutan bertuah akan diadakan pada 16 Ogos 2017 dan senarai nama pemenang bertuah akan disiarkan di laman web kempen (www.caltextruepower.com).

Photo 2B

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *