Berita Global

Tesla bakal lancar trak semi dan trak pikap elektrik

on

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk, telah menulis “tweet” di laman Twitter beliau semalam mengatakan bahawa Tesla bakal melancarkan trak-semi September ini, diikuti dengan trak pikap elektrik untuk tempoh dua tahun akan datang.

elon

Elon Musk

“Trak pikap akan didedahkan dalam 18 hingga 24 bulan” kata Musk mengenai trak pikap.

“Pasukan telah melakukan kerja yang baik” kata Musk mengenai trak-semi.

Elon Musk

Walaubagaimanapun, persoalannya  di sini, adakah Tesla mampu menghasilkan sebuah trak dengan keupayaan bateri yang besar dan boleh dicaj semula?

Musk memang sudah mempunyai sejarah dengan membuat janji-janji manis yang optimistik dan tidak ditunaikan. Namun, pengumuman beliau di Twitter itu betul-betul menarik perhatian dunia!

Kami berharap pengumuman Musk itu bakal menjadi kenyataan. Mungkin ini adalah satu cabaran yang besar bagi Tesla kerana bateri besar yang menguasakan trak itu akan menambah berat dan itu mungkin akan mengurangkan potensi muatan yang boleh dibawa. Sama-sama kita nantikan trak pikap elektrik dari Tesla.

Sumber dan gambar diambil dari Jalopnik.

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *