Mildef mampu hasilkan 80 kenderaan berperisai ringan setahun

oleh Penyumbang Rencana|
Mildef International Technologies Sdn Bhd (Mildef) komited memulakan langkah penerokaan industri pertahanan menerusi ketersediaan kilang pembuatan kenderaan berperisainya yang terletak di Sendayan, Negeri Sembilan.

Pengarah Urusannya, Datuk Seri Mohd Nizam Kasa, berkata kilangnya itu mempunyai kemampuan menghasilkan antara 60 hingga 80 unit kenderaan berperisai ringan dalam tempoh setahun.

Beliau berkata, ia sekali gus menepati komitmen Mildef untuk menjadikan Malaysia sebagai antara negara pengeluar kenderaan pertahanan utama di Asia Tenggara dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Katanya, apa yang membanggakan adalah 70 peratus pembuatan adalah daripada kepakaran tempatan, manakala selebihnya adalah berdasarkan kerjasama dengan pihak ketiga.

Katanya, Mildef ketika mempunyai tiga varian kenderaan berperisai iaitu 4X4 Mobility Armoured Vehicle (TARANTULA), 4X4 Armoured Personal Carrier (RENTAKA) dan 4X4 High Mobility Tactical Vehicle (HMTV).

"Perniagaan pembuatan akan menjadi keutamaan selepas ini sebanyak 70 peratus berbanding dengan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) yang selama ini mendominasi pendapatan kumpulan selain pembekalan komponen.

"Ketika ini, kami juga sedang dalam perbincangan dengan pelbagai pihak di Malaysia selain turut mendapat permintaan daripada pembeli luar negara," katanya ketika ditemui di di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC ASIA) 2024 di Kuala Lumpur pada Selasa.

Mohd Nizam berkata, melangkah ke hadapan, Mildef akan terus mendapatkan kontrak pembekalan daripada Malaysia sebelum mula meneroka ke pasaran luar negara.

Beliau berkata, kumpulan mempunyai sasaran untuk menjadi antara pemain utama dalam industri pertahanan tempatan serta peringkat serantau.

Katanya, antara pasaran luar yang mempunyai potensi untuk dipasarkan adalah negara Asia Barat, Indonesia, Filipina dan Afrika Selatan.

"Malah, Pakistan juga antara negara yang memberikan sokongan kepada produk Mildef. Ini menunjukkan negara luar juga percaya kepada kemampuan anak tempatan dalam membangunkan produk berkaitan pertahanan.

"Saya yakin Malaysia akan dapat menjadi juara serantau dalam industri pertahanan terutamanya dalam pengeluaran produk berkaitan ketenteraan dan pertahanan.

"Kita mempunyai tenaga kerja mahir selain infrastruktur yang berskala global. Ini masanya untuk Malaysia terus melangkah menjadi negara pengeluar kenderaan pertahanan," katanya.

Careta sendiri pernah menemubual dan sebuah video telah dihasilkan (di bawah) pada 2022:

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Rentaka merupakan kenderaan HMAV 4x4 kedua negara selepas Tarantula yang dilancarkan tahun lepas…
Berita Domestik
Majlis tersebut disempurnakan oleh YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob selaku Menteri Kanan…
Berita Domestik
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Mildef, Datuk Sri Mohd Nizam bin Kasa (gambar di bawah), ujian-…