Guru Pasti maut motosikal langgar lubang

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Sinar Harian
Seorang guru wanita yang mengajar di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) maut selepas motosikal yang ditunggang dipercayai melanggar lopak di Jalan Gapam-Bemban, di Jasin, pada pagi Isnin.

Kejadian yang berlaku lebih kurang jam 11.20 pagi itu, menyebabkan mangsa, Siti Sarah Mohamed Nuwawi, 32, yang mengalami cedera parah di lokasi kejadian disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di unit kecemasan Hospital Melaka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Sym dari arah Bemban menuju ke Gapam.

"Setiba di lokasi, mangsa yang beralamat di Taman Ayer Keroh Height dipercayai terlanggar kawasan yang tidak rata kerana terdapat kerosakan di permukaan jalan, menyebabkan mangsa terbabas lalu terjatuh.

"Impak kemalangan itu mangsa mengalami cedera parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Melaka pada jam 4.20 petang," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.

Tambahnya, turut meminta saksi awam yang melihat kejadian untuk tampil memberi keterangan dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beberapa jam lalu, tular di media sosial Facebook mengenai insiden yang menimpa mangsa didakwa disebabkan lubang yang terdapat di atas permukaan jalan raya.

- Salam takziah kepada keluarga mangsa. Sebagai pengajaran, sila saman pihak yang sepatutnya memastikan jalan raya tersebut selamat untuk digunakan -

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Kejadian itu adalah yang ke­dua selepas kes seorang penunggang motosikal menemui ajal akibat…
Berita Domestik
  Dr. Ahmad berkata, mana-mana individu yang terlibat kemaIangan berikutan kecuaian pihak tertentu…
Berita Domestik
  Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner…