Berita Domestik

9 perkara tentang Porsche Panamera 2017 yang kami mahu anda tahu

on

Sime Darby Auto Performance, syarikat yang membawa masuk jenama Porsche di Malaysia baharu sahaja melancarkan model Panamera terbaharu.

Diperkenalkan sejak tahun 2009, Panamera direka untuk mengugat pasaran yang secara tradisionalnya dimiliki oleh Mercedes-Benz S-Class dan BMW 7-Series (maaf Audi, anda masih terkial-kial di bawah sana).

Arnt Bayer, Chief Executive Officer of Sime Darby Auto Performance; Alexander Schuchert, Regional Sales Manager of Porsche Asia Pacific (L to R)

Ia adalah sebuah kereta mewah yang direka untuk mereka yang minat memandu, dan kerana itu, Panamera ini tidak janggal untuk pemiliknya sendiri memandu kereta ini.

Ada dua varian yang diperkenalkan di sini dan keterangannya adalah seperti di bawah:

20170412_0084

Porsche Panamera (dari RM890,000)
Enjin: 2,995 cc, V6 n/a dengan Direct Petrol Injection.
Prestasi: 330 hp, 450 Nm, 0-100 kmsj dalam 5.7 saat (dengan pakej Sport Chrono) dan halaju maksimum 264 kmsj, sahaja.
Transmisi: RWD, PDK dwi klac automatik 8-kelajuan

Porsche Panamera 4S (dari RM1.1 juta)
Enjin: 2,894 cc, V6 biturbo dengan Direct Petrol Injection.
Prestasi: 440 hp, 550 Nm, 0-100 kmsj dalam 4.4 saat (dengan pakej Sport Chrono), halaju maksimum cuma 289 kmsj.
Transmisi: PDK dwi klac 8-kelajuan automatik, AWD

20170412_0087

Jadi, apakah sembilan perkara yang kami mahu anda tahu mengenai Panamera baharu ini?

Teruskan membaca!

1. Asal nama Panamera
Porsche Panamera mendapat namanya sempena perlumbaan Carrera Panamericana dalam tahun 1950 ke 1954 melalui kawasan Panamericana di Mexico. Ia adalah sebuah perlumbaan rally yang sangat sukar dan Porsche percaya Panamera mempunyai karektor-karektor sama dengan kereta lumba Porsche pada zaman itu.

panamera length

2. Panamera baharu lebih panjang, lebar, tinggi dari dulu
Ya, ia memang lebih besar. Ia adalah 34 mm lebih panjang (5,049 mm), 6 mm lebih lebar (1,937 mm) dan 5 mm lebih tinggi (1,423 mm). Namun begitu, ia nampak rendah kerana bumbung di atas ruang penumpang belakang direndahkan lagi 22 mm untuk tampak sporty dan jarak roda turut dipanjangkan sebanyak 30 mm. Jika anda pernah memandu Panamera, anda tidak akan punya masalah untuk melakukan parkir dengan sebuah trak kerana Panamera ini sebenarnya hampir 2 meter lebar dan lebih dari 5 meter panjang!

3. Katakan selamat tinggal kepada butang
Papan pemuka atau dashboard Panamera ini memang berkisar kepada skrin-skrin resolusi tinggi dan skrin sesentuh utama bersaiz 12.3 inci. Panel pada kiri dan kanan meter utama adalah skrin yang boleh diubah informasinya, dan ruang bersebelahan tuil gear juga adalah panel sesentuh. Malah, video kami di Facebook menunjukan corong utama pendingin hawa depan dan belakang dikawal oleh skrin sesentuh! Ambient lighting atau penataan cahaya di dalam kabin pula boleh bertukar warna – contohnya panel pintu mempunyai cahaya biru, panel tengah warna hijau dan panel di bumbung bercahaya kuning kundang. Mamat gadget dan team Amanz.my pasti terhibur dengan kabin Panamera baharu ini!

20170412_0198

4. Meter analog cuma tradisi sahaja
Paparan meter di Panamera ini menunjukan bahawa hanya tinggal satu sahaja meter analog – iaitu meter kelajuan enjin atau RPM. Di kiri kanan meter RPM ini ialah panel digital 7-inci yang boleh ditukar-tukar paparan. Tolok bahan api, suhu enjin, suhu air, kelajuan dan sebagainya boleh dipilih untuk dipaparkan dalam skrin tersebut. Ia umpama jam Tissot T-Race, di mana jarum analog tetap ada dan disokong oleh informasi dalam panel LCD.

2017-Porsche-Panamera-body-frame-3

5. Panamera ini penuh dengan aluminium
Porsche merasakan alumnium ialah bahan paling sesuai untuk Panamera ini dan kebanyakan kerangka dan panel luar menggunakan bahan itu. Namun begitu, penggunaan high-tensile steel masih ada dan Porsche menggunakan dua cara untuk menyambungkan panel alumnium dengan komponen high-tensile steel – menggunakan penyambung seperti skru yang diputarkan pada kelajuan 6,000 rpm agar besi-besi disekelilingnya cair dan menjadi “gam” dan penggunaan perekat yang mengandungi bola-bola kaca yang halus dan kemudian panel aluminium dan kepingan besi high-tensile itu dikapit kuat dengan roller bertekanan tinggi. Penggunaan rivet dan skru masih dikekalkan juga di beberapa tempat.

Prototaip asal Panamera, Porsche 989 di muzium Porsche.

Prototaip asal Panamera, Porsche 989 di muzium Porsche.

6. Sayangnya, aluminium tetapi ia masih berat
Porsche menggunakan platform MSB-F yang baharu dari keluarga Kumpulan VW. Platform itu sama berat dengan platform yang lama tetapi jauh lebih kukuh. Jika cara binaan lama digunakan, ia akan menjadi sangat berat untuk mencapat pengukuhan kerangka yang serupa.

porsche-panamera-image

7. Enjin 2.9L V6 baharu itu memang hebat
Porsche berkata, enjin baharu 2.9L itu direka sendiri oleh mereka tanpa pertolongan Kumpulan VW. Dua pengecas turbo diletakkan di antara dua banjaran silinder V enjin itu dan secara keseluruhan, enjin ini 14 kg lebih ringan dari enjin V6 sebelumnya. Rekabentuk enjin ini hampir sama dengan enjin V8 dalam Kumpulan VW tetapi ia mempunyai teknologi Valve Variable Timing untuk operasi part- dan high-load. Dan Audi tanpa segan-silu menggunakan enjin 2.9L V6 BiTurbo Porsche ini untuk model-model RS baharu mereka dengan harapan ia akan jadi sehebat AMG dan M.

20170412_0218 20170412_0220 20170412_0187

8. Kerusi urut paling laju di bumi
Kedua-dua Porsche Panamera ini boleh didatangkan dengan pilihan tempat duduk hadapan dan belakang dengan fungsi urut. Fungsi urut ini datang dengan lima program automatik dan lima tahap kekuatan mengurut melalui 10 kusyen udara yang mengurut belakang anda. Ia umpama mempunyai seorang pengurut Pink Lady terbina di dalam kusyen kereta anda!

20170412_0233

9. Pengendalian mantap dari sistem Porsche 4D Chassis Control
Dalam usaha untuk mengimbangkan antara keselesaan dan pengedalian, Porsche menggunakan teknologi sistem gantungan udara dengan teknologi tiga kebuk udara (three-chamber technology). Ia juga datang dengan PDCC Sport dan gandaar belakang boleh membelok (Rear-Axle Steering). paling penting, sistem Porsche 4D Chassis Control yang menganalisa keadaan pemanduan dalam tiga dimensi (pitch, roll dan yaw) untuk menghasilkan data terlengkap dan menyelaraskan segala sistem gantungan dan kerangka dalam masa yang sama – menjadikan ia dimensi keempat. Jadi ia sahih tidak berkait dengan Magnum 4D. 
Berbelit? Pandu uji dan baharu anda fahami ilmu sihir Porsche ini.

Cukuplah sahaja buat setakat ini kerana kami rasa sudah banyak informasi yang diberikan untuk meyakinkan anda bahawa Panamera baharu ini jauh lebih high-tech dari 7-Series dan S-Class jiran-jiran anda.

Dan maaf, Audi masih lagi berada di kampung sebelah.

20170412_0028 20170412_0113 20170412_0169 20170412_0178 20170412_0201 20170413_M0223

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *