Tekno Careta

Tekno Careta: TCS jamin kawalan kenderaan

on

TCS: Traction Control System (Sistem Kawalan Cengkaman)
TCS merupakan sistem keselamatan elektronik yang menggunakan input maklumat dari pelbagai sensor untuk memantau kelajuan roda, pecutan, dan juga sudut sendeng untuk meramalkan gelinciran roda motosikal ataupun keadaan di mana kereta mula hilang cengkaman tayar dan menggelongsor di luar kawalan. Sistem TCS ini akan berperanan mengambil alih kawalan kuasa kenderaan melalui unit kawalan enjin ECU, dengan mengurangkan kuasa enjin untuk menghalang kehilangan cengkaman ini, agar anda tidak kehilangan kawalan kereta atau motosikal anda. Sistem ini semakin ditemui pada motosikal sports dan touring. Malah ada juga modul pihak ketiga seperti Bazzaz Z-Fi TC Engine Management dengan modul Kawalan Cengkaman yang membolehkan anda menambah sistem TCS ini pada motosikal anda. Namun setakat yang diketahui belum ada sistem pihak ketiga yang ditawarkan bagi kereta memandangkan ia melibatkan proses yang rumit untuk pemasangan sebagai alat tambah.

Sistem TCS ini semakin hari semakin canggih, dan ada yang mampu mengawal motosikal walaupun ketika sendeng di selekoh, dan ada yang kini menggabungkan kawalannya dengan sistem ABS motosikal serta kereta bagi mendapatkan kawalan kenderaan yang lebih baik dan selamat.

02.2_Electronic Stability Control

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *