Berita Domestik

Beli Vespa, dapat pakej lesen motosikal percuma

on

Naza Primera Sdn Bhd, hari ini telah menjalinkan kerjasama dengan menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan Metro Driving Academy bagi membolehkan pembeli Vespa mendapatkan lesen motosikal kelas B2 secara percuma.

P1200330

Kerjasama ini merupakan salah satu program di bawah kempen “Vespa, Why Drive? Let’s Ride…” yang bakal berakhir pada 30 Jun ini. Bagi pembeli Vespa yang sudah mempunyai lesen B2, anda boleh menawarkan pakej pengambilan lesen secara percuma ini kepada orang lain ataupun memilih pakej baucar petrol bernilai RM300.

Majlis ini telah berlangsung di pusat Metro Driving Academy dan disempurnakan oleh Ketua Operasi Eksekutif Naza Primera, Farouk Faisal dan Pengurus Eksekutif Metro Driving Academy Ashraf Ali Abdul Kadir.

“Sebenarnya masih ramai yang tidak mempunyai lesen motosikal. Dengan usaha ini, kami berharap setiap penunggang yang membeli Vespa akan mempunyai lesen yang sah.” ujar Farouk.

Kempen ini dijalankan di seluruh negara, dan pembeli Vespa di luar Lembah Klang bakal menerima faedah yang sama kerana Metro Driving Academy juga turut bekerjasama dengan beberapa pusat latihan di luar Lembah Klang. Pelanggan boleh hadir kelas memandu, mengambil ujian, dan menapatkan lesen B2 secara percuma tanpa sebarang kos tambahan sehingga memperoleh lesen yang sah.

Model yang sah program ini ialah Vespa Primavera ABS, Sprint ABS, GTS 150 dan Vespa LXV (terhad untuk warna perak sahaja).

 

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *