Informasi

Basikal pelik berinovatif

on

Lama juga tak bercerita hal basikal. Perasan tak apa yang tiada pada basikal ini?

chainless-bike-1

Ia nya tak ada rantai. Memang diakui menjaga rantai basikal agak leceh. Ia nya perlu dibersihkan dan dilincirkan, dan mengotorkan pakaian dan sebagainya. Talisawat atau ‘belting’ memang satu alternatif, tetapi pencipta yang berpangkalan di Venice Florida Venice, Sean Chan telah merekacipta basikal tanpa rantai yang beliau gelar Chainless Bike.
chainless-bike-3
Agak seiras seperti Direct Bike ciptaan Bygen, basikal Chan ini mempunyai kedudukan menunggang di mana penunggang tidak duduk di tengah-tengah basikal, tetapi sebaliknya bertenggek atas roda belakang. Senanglah nak wheelie….

Engkol terletak pada roda belakang itu, yang mengandungi sistem gear dalaman, jadi ia nya tidaklah seperti mengayuh basikal badut di mana setiap kayuhan hanya memusing roda sekali sahaja. Selain itu, penunggang Chainless Bike boleh menghentikan kayuhan dan hanya meluncur santai tanpa engkol terkunci.
chainless-bike-2
Satu lagi ciri yang menarik adalah sistem belokan cepatnya yang digelar Rapid Turning. Apabila diaktifkan ia membolehkan roda belakang basikal untuk membelok sedikit sama seperti roda depan. Ini membolehkannya membelok tajam atau melakukan pelbagai aksi lain, seperti yang dapat dilihat dalam video. Boleh main drift lagi……

Basikal ini yang dibuat dalam kedua-dua versi biasa dan juga boleh lipat, dan kini telah memasuki kempen Kickstarter. Tahap akujanji bermula pada USD$ 799, manakala harga runcit anggaran dianggarkan bermula dari USD$1,000.

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *