Berita Global

Honda Ridgeline 2017 menang anugerah “North American Truck of the Year”

on

Model Honda Ridgeline 2017 yang direka semula dan direkayasa sepenuhnya, telah dinamakan Trak Tahun Ini bagi Amerika Utara (North American Truck of the Year – NATOTY) bagi tahun 2017.

Setelah dilancarkan pada bulan Jun 2016,  Ridgeline 2017 dilengkapi pelbagai ciri eksklusif standard industri, termasuk pembinaan unibody, sebuah pintu belakang dwi- tindakan, In Bed Trunk®, pelapik  trak komposit tahan calar dan tahan karat serta sistem audio lantai trak pertama di dunia. Ia merupakan anugerah dua tahun berturut turut di Amerika Utara buat Honda, setelah Honda Civic memenangi North American Car Of The Year bagi tahun 2016.

Ini merupakan anugerah NATOTY kedua bagi Ridgeline, setelah diiktiraf pada tahun 2006 bersama Honda Civic yang memenangi anugerah North American Car of the Year bagi tahun yang sama.

clickhandler-ashx

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *