Berita Global

Kereta Mercedes-Benz Queen Latifah dicuri

on

Kereta Mercedes-Benz milik pelakon dan penyanyi Hollywood terkenal, Queen Latifah dilaporkan telah dicuri ketika rakan sekerjanya sedang mengisikan bahan bakar kereta itu di stesen petrol.

Menurut laporan Jalopnik, Keith Shephard sedang memandu kereta Queen Latifah untuk mengisi bahan bakar dan selepas muncung pam dialihkan, beliau terdengar enjin Mercedes-Benz itu dihidupkan dan terus bergerak meninggalkan stesen petrol tersebut.

Shephard berkata beliau ternampak kelibat sebuah BMW putih yang berhenti berhampiran Mercedes-Benz tersebut sebelum ia dilarikan. Queen Latifah, atau nama sebenarnya, Dana Owens tidak ada di tempat kejadian.

Polis bagaimanapun berjaya menjejak kembali Mercedes-Benz tersebut menggunakan sistem Stolen Vehicle Location Assistance yang datang dengan kenderaan tersebut.

Kereta tersebut dijumpai di tempat parkir sebuah kompleks apartment dan pengawal keselamatan di situ berkata ia ternampak tiga orang lelaki berkulit gelap berhampiran Mercedes-Benz itu sebelum terlihat sebuah BMW putih dan sebuah Dodge Charger dipandu pergi.

Kereta Queen Latifah dibawa ke balai polis dan kemudian dituntut oleh Queen Latifah sendiri.

Gambar utama dari AP Images.

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *