Pandu Uji

Chevrolet Colorado 2.8 High Country 2016 – alternatif terbaik pikap moden

on

Pastinya jika kita bercerita tentang trak pikap, Chevrolet Colorado mungkin tidak tersenarai langsung.

Antara puncanya ialah Colorado sebelum ini tidak dapat memberikan apa yang dikehendaki oleh pasaran Asia Tenggara.

General Motors (GM) seperti biasa, memandang remeh akan produk dan percaya bahawa jenama Chevrolet sudah cukup kuat untuk berdiri di atas jenama Jepun.

Tetapi kini akhirnya GM akur bahawa pasaran Asia Tenggara tidak se-kampung apa yang difikirkan. Dari segi jualan, jenama Amerika Syarikat itu langsung tidak dapat menghidu kejayaan seperti yang dinikmati oleh saudara serumpun mereka, Ford, apa lagi kejayaan jualan jenama Jepun seperti Toyota, Isuzu, Nissan dan Mitsubishi.

07-chevrolet-colorado-2016-melaka-2

Kerana itu, GM kini turun padang dan merombak barisan produk mereka untuk rantau ini, bermula dengan Chevrolet Colorado 2016 yang baharu.

Namun begitu, pasaran kenderaan Malaysia memang sedikit perlahan untuk membuka ruang kepada model-model yang tidak begitu “glamour” dan kerana itu, Colorado 2016 ini masih belum mendapat perhatian sewajarnya.

Penulis juga pada mulanya terasa sedikit pesimis bila diminta untuk memandu uji trak Colorado baharu ini, namun tetap mencuba dengan hati terbuka.

Nyata, Colorado 2016 tidak menghampakan langsung. Ikuti laporan pandu uji kami di bawah:

Chevrolet Colorado 2016 secara rasmi adalah versi “upgrade” untuk model generasi kedua Colorado, tetapi pada pendapat Careta, perubahan yang dilakukan lebih dari hanya perubahan fizikal dan layak digelar serba baharu.

Ia datang dengan tiga pilihan enjin dan lima varian:

Enjin 2.5L Duramax FGT (Fixed Geometry Turbo)
161 hp @ 3,600 rpm/ 380 Nm @ 2,000 Nm
6-kelajuan manual

Enjin 2.5L Duramax VGT (Variable Geometry Turbo)
177 hp @ 3,600 rpm / 440 Nm @ 2,000 rpm
6-kelajuan automatik dengan mod manual

Enjin 2.8L Duramax VGT
193 hp @ 3,600 rpm / 500 Nm @ 2,000 rpm
6-kelajuan automatik

Varian
2.5L LT manual – RM99,911
2.5L LT automatik – RM107,948
2.5L LTZ automatik – RM115,031
2.8L LTZ automatik – RM123,916
2.8L High Country automatik – RM132,874

23-chevrolet-colorado-2016-melaka-32

Dari segi fikizal, Colorado High Country ini sebenarnya lebih pendek dari Ford Ranger 3.2 Wildtrak (5,408 mm versus 5,632 mm) tetapi Colorado 14 mm lebih lebar dan 43 mm lebih tinggi dari Wildtrak.

Tempat muatan barang Colorado kecil sedikit dari Wildtrak tetapi Colorado mempunyai keupayaan menunda (towing capacity) yang lebih tinggi – 3,500 kg versus 3,350 kg. Toyota Hilux 2.8G dan Isuzu D-Max 3.0 V-Cross pula sama pada 3,000 kg.

Dari segi off-road, Colorado dan Wildtrak mempunyai keupayaan meredah air yang sama – 800 mm dalam. Hilux pula ialah pada 700 mm dan D-Max ialah 500 mm.

Perubahan luaran sangat berbeza dari Colorado sebelum ini. Corak gril dengan dua lubang kini lebih sporti dan lampu juga nampak lebih mirip kepada sebuah kereta. Lampu DRL jenis LED turut dibekalkan. Sayang sekali, ia masih menggunakan lampu halogen.

Bahagian belakang, tidak ada perubahan ketara.

22-chevrolet-colorado-2016-melaka-31

Kabin menerima perubahan terbesar – ia mirip kepada Colorado yang dijual di Amerika Syarikat. Papan pemuka kini mempunyai panel soft-touch yang lebih selesa disentuh; konsol tengah lebih agresif dengan kontur menegak dan skrin-skrin LCD berwarna lebih besar.

Paparan meter juga diberikan sentuhan lebih dinamik dengan skrin LCD penuh informasi.

Sistem Chevrolet MyLink pula datang lengkap dengan Apple CarPlay dan Adroid Auto – memang khusus untuk mamat gadget. Penulis sendiri teruja menggunakan Apple CarPlay.

41-2017-chevrolet-colorado-interior-global-model-005-1024x682

Bercakap mengenai gadget, Colorado High Country 2016 sebenarnya sarat dengan aksesori super moden untuk sebuah trak pikap. Antaranya ialah:

  • Remote Engine Start System – anda boleh hidupkan enjin dari jauh, bermakna bila hari panas, anda hidupkan enjin dan pendingin hawa (pastikan AC ada pada posisi ON). Jangan risau, pintu masih berkunci, dan anda tetap perlukan kunci untuk masuk ke gear.
  • Chevrolet MyLink dengan Apple CarPlay dan Android Auto – kepada yang tiada smartphone, fungsi ini membuatkan anda mahu sebuah!
  • Comfort closing front windows – Tingkap hadapan turun sedikit bagi memudahkan anda menutup pintu (tekanan udara berkurangan). Kami syak ia dilakukan kerana weather stripping (getah penebat air dan bunyi pada keliling pintu) sudah tebal untuk menjadikan kabin lebih senyap.
  • Electrochromic rear view mirror – cermin pandang belakang anti silau.
  • Auto Wipers – sensor hujan menghidupkan pengelap hujan dan mengawal kelajuannya secara automatik
  • Auto headlamp with Follow Me Home – lampu depan automatik dengan pemasa untuk tutup
  • Sensor parkir depan dan belakang – 4 sensor di depan dan 4 lagi di belakang, untuk membantu anda parkir di dalam petak.
  • Kamera Undur – tak cukup dengan sensor, ada kamera undur dalam skrin yang besar lagi untuk memastikan anda parkir di dalam petak.
  • Lane Departure Warning (LDW) – fungsi yang ada pada kereta mewah, memberikan anda amaran jika anda keluar dari lorong (penting terutama bila anda sudah mula mengantuk).
  • Tyre Pressure Monitoring System (TPMS) – sensor pada setiap roda memberitahu anda tekanan udara untuk setiap tayar – bagus untuk anda tahu ada kebocoran kecil pada tayar yang boleh mengakibatkan tayar meletup.
  • Forward Collision Alert (FCA) – sensor dan radar di hadapan memberikan amaran visual (lampu) dan bunyi jika ada risiko anda melanggar kenderaan di hadapan (penting semasa kesesakan lalulintas).

02-chevrolet-colorado-2016-melaka-38

  • Brek ABS – memastikan roda tidak terkunci agar kawalan stereng masih wujud semasa brek kecemasan
  • Electronic Brake Force Distribution (EBD) – sistem ini mengubah kekuatan brek pada setiap roda untuk memastikan kenderaan mampu diberhentikan dalam jarak paling minimum.
  • Panic Brake Assist (PBA) – Sistem ini mampu mengesan keadaan brek ditekan secara tiba-tiba (contohnya sewaktu mengelakkan kemalangan)dan komputer akan membanti meningkatkan tahap brek ke maksimum.
  • Traction Control System (TCS) – mengawal gelinciran setiap roda agar kenderaan mampu dikawal semasa jalan licin.
  • Electronic Stability Control (ESC) – Sistem paling canggih ini mengesan sekiranya kenderaan mula hilang kawalan dan menggunakan brek untuk mengawal kembali kenderaan itu.

01-chevrolet-colorado-2016-melaka-37

  • Hill Start Assist (HSA) – menggunakan brek dalam masa beberapa saat agar anda boleh mengubah kaki dari brek ke pedal pendikit. Hanya beroperasi bila kenderaan diparkir di cerun bukit.
  • Hill Descent Control (HDC) – sesuai untuk off-road, anda hanya pilih fungsi ini dan biarkan komputer mengawal brek agar kenderaan turun dari lereng curam dalam kelajuan sekata. Ini bermakna anda perlu hanya fokus pada stereng sahaja.
  • Anti-Rolling Protection (ARP – fungsi ini membantu memastikan kenderaan tidak terbalik; ia menggunakan sensor olengan dan brek untuk mengawal kenderaan; sangat penting untuk kenderaan tinggi seperti trak pikap.
  • Kerusi pemandu berkuasa – menggunakan elektrik dan mempunyai 6 cara pergerakaan.

Kami diberi peluang memandu Colorado 2.8 High Country selama seminggu dan ia memang membuka mata kami, terutama penulis yang biasa dengan Ford Ranger.

  • Colorado kali ini nyata lebih senyap. Namun begitu, masih ada sedikit bunyi deruman enjin diesel menerjah masuk ke kabin, terutama pada gear rendah. Walaupun mounting enjin ditukar, gegeran halus semasa kelajuan tinggi masih wujud sedikit.
  • Pada kelajuan lebuhraya, kabin Colorado rasanya antara tersenyap, atau paling senyap dalam kategori trak pikap.
  • Stereng berkuasa elektrik Colorado juga rasa padat (solid), baik dalam kelajuan sederhana atau laju.

06-chevrolet-colorado-2016-melaka-1

 

  • Sistem gantungan dengan penyerap hentak baharu dan spring gegelung baharu berfungsi dengan sangat baik – malah boleh menandingi trak pikap Mitsubishi Triton dan Ford Ranger yang terkenal dengan pengendalian yang baik.
  • Walaupun Colorado tidak sepanjang Ford Ranger, keluasan penumpang di belakang jauh lebih baik. Keluasan kabin Colorado sebenarnya mengkagumkan.
  • Mainan fungsi pintar seperti remote engine start, tingkap berkuasa boleh diturunkan secara jauh dan lain-lain lagi menjadikan Colorado 2016 lebih sesuai untuk trak pikap urban.
  • Rekabentuk hadapan yang segar memang cantik – ramai bertanya trak apakah ini. Dan oleh kerana tidak banyak Colorado di atas jalan, terasa ia lebih eksklusif.
  • Enjin 2.8L Duramax ini menghasilkan 500 Nm, tetapi ia dikawal agar tidak semua tenaga keluar secara menderu. Ini penting untuk keselamatan kerana trak pikap mempunyai bahagian belakang yang ringan. Tork tinggi itu masuk secara perlahan-lahan dan ia dapat dirasakan dengan jelas semasa di lebuhraya kerana ia sangat mudah untuk memotong kenderaan lain.
  • Sistem 4X4 moden dengan fungsi Shift On The Fly juga menarik – dari 2H ke 4H boleh dilakukan dalam kelajuan di bawah 120 kmsj dan dari 4H ke 4L pula boleh dilakukan dalam kelajuan bawah 5 kmsj.
  • Teknologi enjin yang dikongsi dengan Isuzu menjanjikan ketahanan untuk pengguna tegar trak pikap. Trak pikap perlu lasak dan Colorado 2016 tidak akan mengecewakan.

Untuk mereka yang mahukan sesuatu yang berlainan dan sesuatu yang moden, Colorado 2016 memang akan memenuhi kesemua kehendak anda. Dan dengan enjin 2.8L yang mampu menghasilkan 500 Nm, anda pasti faham kenapa ramai berkata Power Is Everything.

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *