Berita Domestik

JPJ nafi akan tingkat saman lesen pemandu yang lambat diperbaharui

on

Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) berkata ia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk meningkatkan saman kepada mereka yang lambat memperbaharui lesen memandu mereka yang sudah tamat tempoh.

Ini berikutan dengan tersebarnya khabar angin di laman media sosial akan perancangan tersebut.

Apa yang sebenarnya berlaku ialah JPJ mahu mengingatkan kepada semua bahawa mereka yang memandu atau menungunggang tanpa lesen memandu atau lesen yang sudah tamat tempoh boleh dikenakan penalti sehingga RM300.

Careta juga menerima beberapa soalan yang sama dan dari imej yang dikongsi, memang ada tertulis bahawa saman akan dikenakan jika seorang itu memandu atau menunggang tanpa lesen yang sah.

Tidak ada disebut langsung mengenai saman kepada mereka yang lambat memperbaharui lesen tersebut.

Ia sama juga dengan info yang disebarkan secara bersahaja oleh ramai orang mengenai masukkan nombor PIN  secara terbalik bila dipaksa mengeluarkan wang dari ATM oleh perompak dan wang akan keluar separuh sahaja dan terlekat di mesin tersebut.

Tidak ada mesin ATM yang mempunyai kebolehan “memegang” not duit untuk keluar separuh sahaja dari mesin itu, kecuali dipasang dengan tangan jin pada bahagian dalam mesin ATM itu.

Nasihat Careta, fahamkan informasi yang tertulis sebelum disebarkan secara membabi buta atau tanyakan kepada pihak yang berkenaan atau pada Careta sendiri.

*Berita asal dari The Sun Daily

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *