Berita Global

Toyota bakal ubah Camry jadi sedan sporty

on

Kejutan paling besar semasa Pameran Automotif Detroit baru-baru ini pastinya gambaran lampu belakang Toyota Camry.

Toyota tidak mahu berkata apa-apa tetapi hanya menunjukan lampu belakang Camry yang baharu itu.

Dari apa yang kita mampu lihat, nyata Camry baharu bukan lagi sebuah sedan bosan kerana lekuk tiang C (C-pillar) lebih ke arah bentuk badan Proton Perdana, dan mempunyai lubang udara (air vents) sisi untuk tujuan aerodinamik walaupun efek paling besar ialah ia nampak sangat sporty.

Lampu belakang juga lebih modern dan tidak lagi hanya akan menjadikan pakcik-pakcik yang teruja.

Mungkin sudah ada angin baharu di dalam syarikat Toyota – mungkin ada yang sedar pasaran sekarang tidak boleh bergantung kepda nama sahaja tetapi juga kepada rekabentuk.

Kita lihat tahun 2017 nanti, apa yang Toyota akan lakukan.

Recommended for you

2 Comments

  1. AshMan

    Dec 5, 2016 at 9:11 am

    Kalau camtu punye bentuk…baru la krete namenye

  2. Kutu berahak

    Dec 5, 2016 at 11:49 am

    Looks, sells. -KB, late 2016.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *