Berita Global

Suzuki GSX R250 akan muncul

on

Pasti ingat di awal tahun 90-an, Suzuki RG 250 menjadi idaman ramai pemuda. Kena pula semasa itu hero Suzuki, Kevin Schwantz  sedng bermaharajalela dan Lion Suzuki pula tidak putus-putus menghasilkan model-model menarik seperti Best 110, Best RR, RG110, RGV 120 dan idaman jejaka dari Kepong, model TRX 150 Panther dengan ekor didongak naik dan warna fluorescent pada bahagian bawah mudguard.

Setelah sekian lama menyepi, Suzuki khabarnya sudah hampir untuk menghasilkan versi produksi motosikal GSX R250 atau Gixxer 250 bagi melawan arus 250 4-lejang dari Kawasaki, Yamaha dan Honda.

Gixxer 250 dilihat sedang diuji oleh Suzuki. Gambar dari Rushlane.

Gixxer 250 dilihat sedang diuji oleh Suzuki. Gambar dari Rushlane.

Menurut laporan laman web Rushlane, Gixxer 250 akan dilancarkan sewaktu pameran motosikal terbesar dunia, EICMA di Milan.

Dari segi rekabentuk, nyata Gixxer 250 mahu menyerupai abang-abangnya walaupun ia hanya dijana oleh enjin berselinder tunggal 250 cc dengan sejukan udara.

Kotak gear dibekalkan dengan enam kelajuan sementara sistem gantungan nampak seperti sistem biasa (tanpa fork upside-down). Khabarnya sistem brek ABS juga tiada untuk varian paling asas.

Tetapi ada juga ciri-ciri yang Careta rasa akan membuatkan peminat Suzie gembira. Antaranya fairing penuh, lampu ala Hayabusa, ekzos tunggal tapi dengan dua lubang (single exhaust with twin aperture), konsol meter digital, lampu-lampu LED, roda aloi 17-inci dibalut dengan getah Michelin dan warna-warna terang.

Diharapkan Suzuki Motors akan mengimport masuk Gixxer cilik ini kerana jika India boleh mendapat model mantap ini, tiada sebab Malaysia tidak boleh mendapatkannya.

*Gambar utama dari Rushlane

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *