Uncategorized

Aston Martin DB9 edisi James Bond

on

Tidak lama lagi, filem perisik terkenal, James Bond yang terkini iaitu ‘Spectre’ akan ditayangkan di pawagam.

Sejak lebih 50 tahun yang dulu, filem James Bond sudah bekerjasama dengan pengeluar kereta British, Aston Martin dan dalam filem terbaru ini, ejen 007 akan menggunakan model DB10 yang dibuat khas.

image

Bagi penggemar kereta prestasi, khususnya Aston Martin, anda tidak dapat membeli DB10 buat masa ini tetapi Aston Martin tetap menyediakan sesuatu yang istimewa – DB9 GT Bond Edition dalam kuantiti terhad 150 unit.

Tiada gajet perisik sebenar pada kenderaan ini tetapi ia akan dilengkapi dengan ‘badge’ 007, warna khas ‘spectre’, rim 20 inci, angkup brek berwarna kelabu, penghadang angin ‘carbon fibre’ dan lubang angin aluminium pada hud.

Menurut Aston Martin, ini adalah DB9 yang paling berkuasa dengan kemampuan menghasilkan 539hp daripada enjin 6.0 liter V6-nya.

Aston Martin DB9 GT Bond Edition dijual pada harga sekitar $252,400 dan setiap pembelian akan diberi beg Globe-Trotter serta jam tangan Omega Seamaster Aqua Terra.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *